Berita kurang baik buat bakal raja sehari! Akad nikah di Selangor ditangguhkan sehingga 30 Jun 2021

Iklan
Total lockdown: Akad nikah di Selangor ditangguhkan sehingga 30 Jun 2021

BERITA kurang baik buat bakal raja sehari!

Susulan pengumuman Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau total lockdown yang terpaksa dilaksanakan semula gara-gara kes penularan Covid-19 meningkat mendadak dari sehari ke sehari, majlis akad nikah di beberapa buah negeri yang terlibat terpaksa ditangguhkan.

Iklan
Iklan

Menerusi satu kenyataan, semua upacara akad nikah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ditangguhkan berkuatkuasa hari ini sehingga 30 Jun depan.

Iklan

Perkara tersebut juga telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor.

Iklan

Semalam, Jais mengumumkan bahawa majlis akad nikah serta semua perkhidmatan di negeri itu ditangguhkan bermula 1 hingga 14 Jun.

Baca juga Alhamdulillah! Ini Senarai Penuh Bantuan PKP 3.0 Melalui Program PEMERKASA+

Maklumat lanjut dan pertanyaan boleh dikemukakan melalui panggilan telefon di talian 03-5514 3400 atau emel kepada buuk@jais.gov.my.

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor