SYUKUR! Itu antara ayat yang dilafazkan orang ramai setelah diumumkan berita gembira oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pakej Bantuan PKP 3.0 yang dikenali sebagai PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+ malam tadi.

Berikutan perintah Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau total lockdown yang bermula 1 – 14 Jun ini, pastinya akan memberi kesan terutamanya golongan bawahan bagi meneruskan kehidupan berikutan ada perniagaan yang terpaksa ditutup bagi mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sudah pastinya bantuan PEMERKASA+ ini sedikit sebanyak dapat membantu serta meringankan beban mereka yang terkesan terutamanya bagi mengharungi hari-hari sepanjang PKP 3.0 ini.

Patuhi SOP Raya, rentas daerah bukan 'tiket' bebas

Berikut senarai bantuan PKP 3.0 melalui program PEMERKASA+;

PEMERKASA+ dengan tambahan RM40 bilion ini akan dilaksanakan berlandaskan tiga matlamat utama iaitu:

1. Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
2. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
3. Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Antara yang menarik perhatian bantuan PEMERKASA+ ini semestinya Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tambahan seperti berikut:

1) Tambahan BPR yang bermula akhir Jun 2021.

  • Isi rumah berpendapatan <RM2,500 dapat RM500
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM5,000 dapat RM300
  • Golongan bujang berpendapatan < RM2,500 dapat RM100

2) Bantuan pinjaman bank bersasar (Opt In) iaitu Moratorium pinjaman selama tiga bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran 50% selama enam bulan.

3) Bantuan pinjaman bank bersasar.

Iklan

4) Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas & Teksi di mana diberikan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan.

5) Moratorium atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran MARA.

6) Usahawan MARA yang terkesan diberikan diskaun 30% sewaan premis.

7) Pelanjutan program subsidi upah selama satu bulan bagi semua sektor ekonomi terkesan.

8) Pengecualian pembayaran Levi (HRDF) selama satu bulan.

9) Geran Khas Prihatin (GKP) bagi PKS Mikro dinaikkan kepada RM1500 (Jun 2021: RM1000 dan Julai 2021 : RM500).

10) Pembiyaan mikro kredit dengan kadar pembiayaan serendah 3%.

11) Bantuan Khas One-Off RM500 kepada pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran, e-hailing dan pemandu pelancong.

Iklan

Baca juga Gelombang ketiga makin tenat, lagi hospital sedia kontena. Bilik mayat sudah tidak mampu tampung jenazah Covid-19

12) Pengecualian bayaran lewat pembaharuan lesen perniagaan SSM RM70/tahun sehingga 31 Disember 2021.

13) Diskaun bil elektrik sebanyak 10% untuk enam sektor terjejas untuk tiga bulan.

14) Lanjutan Pengecualian Cukai Jualan (SST) kenderaan penumpang CKD dan CBU Import.

15) Kredit RM150 dalam program eBelia.

Artikel berkaitan: Berita baik untuk golongan Gen Z, tuntut RM150 eBelia mulai hari ini

16) Jaringan Prihatin untuk penerima BPR.

Bantuan-bantuan ini akan mula di agih serta-merta mulai 1 Jun 2021.

Semoga bermanfaat!