HATI mana yang tidak sedih apabila insan tercinta terutamanya ibu dan ayah telah pergi buat selama-lamanya.
Namun begitu, apakan daya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Kita sebagai manusia harus tabah dan menerima dengan hati terbuka segala aturan ALLAH.
Inilah situasi yang berlaku kepada seorang pengguna TikTok dikenali @Topanjey.
Berdasarkan penceritaan dalam video terbabit pemuda itu pada mulanya teringatkan kampung halaman. Lantas, beliau mengambil keputusan menggunakan aplikasi tersebut bagi meredakan kerinduan yang bertandang.
Pun begitu, lebih membukam jiwa apabila paparan pada Google Street View itu memaparkan sosok tubuh arwah ayahnya yang lengkap berbaju Melayu dan berkopiah putih berdiri di depan
pintu rumah.
Katanya, berkemungkinan pada ketika itu arwah bapanya sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat jemaah di masjid.
Menjengah ruangan komen, video tersebut dibanjiri doa warganet supaya arwah ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Dalam pada itu, lelaki tersebut turut berkongsi tutorial cara menggunakan aplikasi tersebut.
Baca juga Sayang isteri tinggal-tinggalkan, bukan dibelasah hingga hilang ingatan!
Jadi, korang bolehlah mempraktikkan cara sama menggunakan aplikasi itu bagi menjengah rumah ibu bapa di kampung.
Semoga pandemik Covid-19 di negara ini segera berakhir agar kita dapat pulang berjumpa ibu ayah tercinta.