SERINGKALI kita mendengar kata orang, sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang suami manja-manjakan.

Ungkapan yang penuh pengertian ini sangat bermakna buat pasangan suami isteri.

Namun, lain terjadi buat seorang wanita ini apabila dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat dipukul sang suami.

Menurut laporan portal tempatan, pegawai wanita sebuah jabatan kerajaan akhirnya dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga di Sungai Udang, Melaka, kelmarin setelah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban selama 27 hari.

Adik mangsa yang dikenali sebagai Fazariah, 38, berkata, kakaknya yang berusia 43 tahun masih belum sedarkan diri, namun keadaannya stabil.

Katanya, dia bersyukur keadaaan kakaknya yang sudah stabil tetapi masih koma dan sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan.

Sayang isteri tinggal-tinggalkan, bukan dibelasah hingga hilang ingatan!

Kata Fazariah, selepas mendapat kebenaran hospital, keluarganya membawa kakaknya pulang ke Sungai Udang kelmarin.

Bah kan kata Fazariah lagi, keluarganya reda dengan ketentuan Ilahi selepas pasukan perubatan memaklumkan kakaknya berkemungkinan hilang ingatan selain peluang untuk pulih seperti biasa adalah tipis.

Iklan

Katanya, usia kandungan mangsa kini memasuki 11 minggu dan dalam keadaan baik. Sekarang kakaknya hanya mampu terbaring, sedih melihat mangsa mengandung dalam keadaan sakit dan hanya minum susu ramuan khas.

Selain itu, Fazariah sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar kakaknya kembali sembuh selain si pelaku ditangkap dan dihukum.

Baca juga [VIDEO] Untungnya warga Muar! Syed Saddiq umum pakej lockdown SEJIWA

Iklan

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban mangsa boleh berbuat demikian ke akaun bank Fazariah Nordin 160214042052 (Maybank) atau 0413841000043244 (Bank Simpanan Nasional).

Terdahulu, seorang kakitangan awam terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru selepas dipercayai dibelasah suaminya dalam kejadian pada 4 Mei lalu. Mangsa yang sedang hamil empat minggu dilaporkan mengalami kecederaan parah dengan tengkorak kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipercayai dipukul. Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa berada di rumahnya di sebuah pangsapuri di Larkin.