TIDAK dinafikan sesetengah individu selalu berasakan dirinya tak sempurna terutamanya dari aspek fizikal.
Namun, tahukah korang jika terlalu risau akan penampilan fizikal secara berlebihan, ia boleh mengundang masalah kesihatan mental digelar Body Dysmorphic Disorder (BDD).
BDD adalah satu keadaan yang mana seseorang itu mempercayai bahawa terdapat kecacatan atau kekurangan pada tubuh badan, tetapi tidak dianggap begitu oleh orang lain.
Apa gejala BDD?
Seseorang berkemungkinan menghidap BDD jika memiliki gejala-gejala seperti berikut:
1. Menghabiskan banyak masa untuk melihat wajah dan tubuh di cermin serta menyunting gambar dirinya.
2. Merasakan ada bahagian tubuh dianggap cacat dan sentiasa cuba menutupi bahagian tubuh tersebut.
3. Kerap bertanya orang lain tentang bahagian tubuhnya yang dianggap cacat itu untuk pastikan ia okey atau tak.
Apakah kesan BDD?
- Ia mengganggu keyakinan diri, dan menjejaskan aktiviti pergaulan sosial.
- Menjejas konsentrasi pembelajaran dan pekerjaan serta mengganggu produktiviti.
- Cenderung mencuba produk dan prosedur kecantikan yang berbahaya.
- Cenderung mengamalkan pemakanan yang ekstrim dan tidak sihat.
- Cenderung jalani pembedahan kosmetik berulang kali tanpa ada keperluan.
- Menyumbang kepada berlakunya kemurungan, keresahan dan tingkah laku bunuh diri.
[caption id="attachment_19184" width="1044"] Sumber: 123RF[/caption]
Baca juga Masalah gemuk, potensi kanser akibat kerap berjaga malam. Elak tidur siang hari
Semoga bermanfaat!
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan