Masalah gemuk, potensi kanser akibat kerap berjaga malam. Elak tidur siang hari
TATKALA negara melaksanakan perintah Sekatan Perjalanan Penuh (SPP) atau total lockdown, SinarPlus percaya ramai antara korang melakukan kerja-kerja rumah ataupun tidur untuk 'mengisi' masa lapang.
Pendek kata, inilah momen terbaik menggantikan masa tidur yang sebelum ini terlalu sibuk dengan tugasan harian di luar rumah.
Tidak dinafikan, berbaring di tempat tidur atau sofa misalnya, sepanjang hari mungkin lebih menyeronokan berbanding melakukan aktiviti lain yang memenatkan.
Namun begitu, tanpa kita sedari tidur berlebih-lebihan pada siang hari tidak elok untuk tubuh badan, sekali gus menyebabkan individu berjaga sebelah malam.
Seterusnya, ia membawa kesan buruk pada tahap kesihatan seseorang termasuklah risiko pertambahan berat badan.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terdapat pelbagai implikasi negatif apabila terlalu kerap berjaga malam. Antaranya:
1. Pelupa
Gangguan fungsi kognitif, pelupa dan tiada daya tumpuan boleh menyebabkan penyusutan 'white matter' pada otak utama bagi proses pembelajaran.
White Matter adalah merujuk pada bahagian otak berwarna putih yang berfungsi menghubungkan informasi dan analisis.
2. Obesiti dan diabetes
Gangguna pada metabolism badan dan perubahan hormon (insulin dan kortisol) menyebabkan individu lapar. Pada masa sama, berkeinginan mencari makanan berkarbohidrat atau gula.
3. Emosi terganggu
Kurang tidur menyebabkan kawasan otak yang mengawal aktiviti, membuat keputusan dan perancangan teratur berhenti berfungsi.
Jadi, ia merangsang gerak hati dan kelakuan yang berisiko.
Baca juga Covid-19: Sabar, KKM sedang kaji keberkesanan rawatan guna ivermectin
4. Impak kesihatan asas
Kesan terhadap imuniiti badan boleh menyebabkan infeksi seperti selsema dan lain-lain kerana ia boleh membawa kepada kanser.
Walau hanya satu malam, ia memberi kesan kepada jam biologikal inidividu seterusnya mengganggu regulasi gula dalam darah.
Justeru, gunakanlah masa tidur ketika waktu malam sebaiknya bagi mengelakkan kesihatan diri daripada
pelbagai kesan buruk.
#staysafe, #kitajagakita
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang