Sedapnya makan buah kundang cicah sambal belacan. Ini antara khasiat ramai tidak tahu

Iklan
Sedapnya makan buah kundang cicah sambal belacan. Ini antara khasiat ramai tidak tahu

BUAH kundang, setar, temia, rembunia atau nama saintifiknya Bouea Macrophylla dari keluarga Anacardiaceae merupakan tumbuhan asal Malaysia dan dikebanyakan negara Asia.

Buah kundang juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Ma Prang (Thailand), ramania atau gandaria (Indonesia), mayun thee (Burma) dan thanh tra (Vietnam).

Iklan
Iklan

Iklan

Buah berbentuk bulat dan lonjong itu berwarna hijau ketika muda dan bertukar warna kuning apabila matang.

Apa yang pasti buah kundang tergolong dalam kategori buah nadir yang jarang ditemui lagi di Malaysia. Berbeza di Thailand buah tersebut mula dikomersilkan dengan menonjolkan variasi yang lebih baik dan manis.

Iklan

Buah yang muda juga boleh dimakan segar, tetapi agak masam dan enak dicampur dengan sambal belacan, ditambah dalam rojak atau dijadikan jeruk.

Daun muda pokok buah kundang kadangkala dijadikan ulam. Ironinya, buah kundang kaya dengan kandungan Vitamin A, C dan serat.

Antara khasiat sampingan ialah:

1. Makanan pencegah kanser

Kaya dengan Vitamin C yang merupakan antioksidan terbaik membantu mencegah kanser dan mengelakkan sel-sel kulit menjadi rosak.

Selain itu, ia membantu mengurangkan simptom demam seperti loya, sakit-sakit badan dan selesema.

2. Mengurangkan risiko sakit jantung

Kandungan antioksidan yang tinggi membantu memelihara kesihatan jantung dengan mengembangkan saluran darah untuk mencegah penyakit Arherosclerosis.

Baca juga Musim durian tiba sekali dengan ‘total lockdown,’ warganet cadang pekebun jual online

3. Ubat sakit kepala

Melalui kaedah tradisional, daunnya ditumbuk lumat dan ditepekkan pada dahi seperti koyok untuk membantu mengurangkan kesakitan.

4. Kurangkan tekanan darah tinggi

Apa sahaja makanan baik untuk jantung automatik, juga ideal buat tekanan darah dengan memberi bukaan salur darah, sekaligus membantu mengurangkan tekanan darah

tinggi.

Aduhai, kecur air liur melihat perkongsian warganet di media sosial apabila buah kundang dimakan dengan pelbagai cara mengikut cita rasa masing-masing.

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia