Tahniah! Tiga lagi atlet para negara tempah slot ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Iklan
atlet

MALAYSIA BOLEH!

Slogan patriotisme itu cukup ideal untuk menggambarkan kebolehan rakyat Malaysia mengharumkan nama negara di peringkat dunia dalam pelbagai bidang termasuk sukan.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, berbicara mengenai sukan hari ini dimaklumkan tiga lagi atlet para negara berjaya melayakkan diri beraksi pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang dijadualkan berlangsung antara 24 Ogos hingga 5 September 2021.

Perkara tersebut disahkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi laman sosial Facebook rasmi hari ini.

Iklan

[caption id="attachment_48984" width="1024"] TARESOH yang berada pada ranking ketujuh dunia bakal beraksi dalam kategori SS6 (kerdil). [/caption]

Iklan

Pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, beliau akan beraksi dalam kategori SS6 (kerdil).

Selain itu, atlet tenis kerusi roda, Abu Samah Borhan juga telah mengesahkan tiket kelayakan ke temasya paralimpik secara merit buat kali pertama.

[caption id="attachment_48985" width="1024"] ABU SAMAH mencipta sejarah baharu sukan negara apabila julung kalinya pasukan tenis berkerusi roda berjaya mara ke Sukan Paralimpik dan secara merit.[/caption]

Bukan itu sahaja, Abu Samah juga telah menyertai 16 kejohanan bermula tahun 2019 hingga tahun 2021 bagi merebut slot ke temasya Paralimpik Tokyo.

Ini termasuklah pernah menyertai temasya Paralimpik Rio melalui permohonan bipertite pada tahun 2016, namun kalah pada pusingan pertama.

Artikel berkaitan99 Hari Menuju Olimpik Tokyo 2020 Di Musim Pandemik. 10 Fakta Menarik Ini Anda Mesti Tahu

[caption id="attachment_48987" width="1024"] LEIK HOU yang pernah muncul juara dunia enam kali sebelum ini bakal bersaing dalam kategori SU5 (kecacatan anggota bahagian atas). [/caption]

Seterusnya ialah pemain badminton para, Cheah Leik Hou yang layak secara merit berdasarkan ranking ke-2 dunia selepas berakhirnya tempoh kelayakan.

Jumlah kini menjadikan seramai 13 atlet layak ke temasya sukan tersebut dan menunggu 12 atlet lagi bagi melengkapkan senarai 35 atlet para negara.

Tahniah dan selamat maju jaya SinarPlus ucapkan kepada kontinjen Paralimpik Malaysia yang bakal beraksi pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 nanti.

Sumber: Facebook Majlis Sukan Negara