Dr Amalina, Mira Filzah seru wanita jangan lemah, yakin diri sendiri

Iklan
Dr Amalina, Mira Filzah seru wanita jangan lemah, yakin diri sendiri

"TINDAKAN wanita yang paling kuat adalah mencintai dirinya sendiri."

Itulah perkongsian pelakon dan pengacara popular, Nur Amirah Filzah Badioezaman atau lebih dikenali dengan nama Mira Filzah.

Iklan
Iklan

Menerusi posting di laman sosial Instagramnya selebriti berusia 28 tahun itu menitipkan setiap wanita perlu mencintai diri sendiri demi kebahagiaan.

Iklan

Biarpun berkongsi rasa secara umum, secara tidak langsung kata-kata indah isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil itu menyuntik inspirasi buat para wanita untuk terus menghargai hidup mereka.

Iklan

Tambahan pula, sejak semalam sebahagian besar wanita menzahirkan perasaan 'berkecil hati' dengan klip video daripada pakar bedah mata dan pakar motivasi terkenal, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

Beliau menyatakan, seseorang wanita tidak seharusnya berusaha bersaing dan melebihi golongan lelaki.

Antara ayat-ayat Dr Muhaya yang menjadi perdebatan ramai adalah berbunyi:"Jangan pandai sangat, buat bodoh-bodoh sikit, baru lelaki suka."

Para wanita menyifatkan kenyataan sedemikian seolah-olah merendahkan martabat wanita termasuk penggunaan perkataan yang kurang bersesuaian.

Isu berkenaan turut meraih perhatian pelatih pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri.

Baca juga [VIDEO] Mula-mula bertahi, kemudian darah pekat. Ibu muda cerita detik cemas menimpa anak usia 14 hari

Luahnya yang kini bertugas di United Kingdom, beliau tidak diajar oleh ibunya untuk menjadi seorang wanita yang ‘b*doh-b*doh sikit’ di hadapan lelaki untuk bertemu jodoh.