Lega! Caprice sahkan Ebit Lew selamat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin

Iklan
Lega! Caprice sahkan Ebit Lew selamat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin

UMUM mengetahui pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew kini sedang melunaskan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.

Aktivis masyarakat berusia 36 tahun itu telah bertolak ke sana pada 25 Mei lepas.

Iklan
Iklan

Pun begitu, apa yang menjadi tanda tanya apabila tiada sebarang perkembangan mengenai beliau menerusi media sosial sejak 27 Mei lalu sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan banyak pihak.

Iklan

Lebih membimbangkan apabila timbul dakwaan tidak berasas mengatakan Ebit Lew sedang berada dalam keadaan bahaya, diculik pihak lawan dan sebagainya.

Iklan

Menerusi posting di laman Instagram, Caprice turut muat naik tangkap layar perbualannya bersama dengan Ebit Lew bertanyakan perkembangan semasa.

Balas Ebit:"Waalaikumussalam ok Caprice, doakan ye."

Baca juga Dr Amalina, Mira Filzah seru wanita jangan lemah, yakin diri sendiri

Syukur alhamdulillah, beliau dilaporkan baik-baik sahaja.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar segala urusan Ebit Lew dan team dipermudahkan dan selamat kembali ke tanah air.