“TINDAKAN wanita yang paling kuat adalah mencintai dirinya sendiri.”

Itulah perkongsian pelakon dan pengacara popular, Nur Amirah Filzah Badioezaman atau lebih dikenali dengan nama Mira Filzah.

Menerusi posting di laman sosial Instagramnya selebriti berusia 28 tahun itu menitipkan setiap wanita perlu mencintai diri sendiri demi kebahagiaan.

“Ini kerana hidup kita adalah penting untuk kebahagiaan diri.

“Mengapa harus membahagiakan orang lain sedangkan diri sendiri berduka?” tulisnya.

Biarpun berkongsi rasa secara umum, secara tidak langsung kata-kata indah isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil itu menyuntik inspirasi buat para wanita untuk terus menghargai hidup mereka.

MIRA-EMIR

Tambahan pula, sejak semalam sebahagian besar wanita menzahirkan perasaan ‘berkecil hati’ dengan klip video daripada pakar bedah mata dan pakar motivasi terkenal, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

Menerusi hantaran video berkenaan Dr Muhaya berbicara mengenai isu wanita lambat bertemu jodoh disebabkan faktor tertentu.

Beliau menyatakan, seseorang wanita tidak seharusnya berusaha bersaing dan melebihi golongan lelaki.

Antara ayat-ayat Dr Muhaya yang menjadi perdebatan ramai adalah berbunyi: “Jangan pandai sangat, buat bodoh-bodoh sikit, baru lelaki suka.”

Iklan

Penyataan itu, sekali gus membangkitkan ketidakpuasan hati dalam kalangan warganet khususnya kaum Hawa. Majoriti didakwa tidak bersetuju dengan olahan dan cara penyampaian beliau yang mungkin sebenarnya berbeza dengan maksud ingin disampaikan.

Para wanita menyifatkan kenyataan sedemikian seolah-olah merendahkan martabat wanita termasuk penggunaan perkataan yang kurang bersesuaian.

Isu berkenaan turut meraih perhatian pelatih pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri.

Iklan

Tutur Dr Amalina, kenyataan Dr Muhaya itu seolah-olah mengkritik pihak lelaki dan wanita serta menjatuhkan hak wanita dalam mencapai impian dan kejayaan.

Baca juga [VIDEO] Mula-mula bertahi, kemudian darah pekat. Ibu muda cerita detik cemas menimpa anak usia 14 hari

Luahnya yang kini bertugas di United Kingdom, beliau tidak diajar oleh ibunya untuk menjadi seorang wanita yang ‘b*doh-b*doh sikit’ di hadapan lelaki untuk bertemu jodoh.

“I’m sorry but my mum didn’t raise me to be ‘bodoh-bodoh sikit’ in front of men so that I can ‘bertemu jodoh’.

“You are sending the wrong message to girls and young women. Women should definitely not lower their intellectual level just so that they can attract a man,” tulisnya di Twitter semalam.