Aktiviti berselawat di semua PKRC, setiap Jumaat. Antara 32 kelebihan selawat...

Iklan
Aktiviti berselawat di semua PKRC, setiap Jumaat. Antara 32 kelebihan selawat...

BERSELAWAT bererti menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah SAW ke atas diri kita.

Di samping itu ia dianggap sebagai mensyukuri nikmat ALLAH yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah SAW kepada kita.

Iklan
Iklan

Berselawat juga memberi kebahagiaan dan ketenangan hidup di dunia dan akhirat.

Iklan

Justeru, mengambil keberkatan dan kelebihan selawat semua Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) akan mengadakan aktiviti 'PKRC Berselawat' setiap Jumaat bermula pukul 7 pagi.

Iklan

Menurutnya, program pengisian rohani tersebut juga diharapkan menyuntik semangat dan memberi kekuatan kepada petugas barisan hadapan untuk terus berkhidmat memerangi pandemik Covid-19.

Sementara itu, berikut antara kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW:

1. Mendapat ganjaran 10 kali selawat daripada ALLAH setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada ALLAH bererti rahmat).

2. Dikurniakan oleh ALLAH 10 darjat atas tiap-tiap satu selawat.

3. Dituliskan oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat.

4. Dihapuskan oleh ALLAH 10 kejahatan atas setiap selawat.

5. Segala doa akan diperkenankan ALLAH.

11. Ditunaikan segala hajat.

12. Salam sejahtera pada hari kiamat.

13. ALLAH dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

14. Mendapat khabar gembira daripada ALLAH dengan balasan syurga.

15. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

21. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah SAW kepada yang berselawat.

22. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.

23. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama ALLAH dan Rasul-NYA atau daripada majlis-majlis lagHA.

24. Berselawat menyempurnakan kalam pujian ALLAH apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

25. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

[caption id="attachment_39596" width="1024"] MEREKA yang sering melazimkan diri dengan berselawat berpeluang untuk memperoleh syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak.[/caption]

Baca juga Jangan malas bersedekah, tak perlu tunggu Ramadan. 5 janji ALLAH orang rajin sedekah

31. Mendapat hidayah ALLAH dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

32. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah SAW secara

langsung.

Sumber: Portal Mufti Kerajaan Negeri Sembilan