Belum terima vaksin, pelajar dihalang duduki peperiksaan. Doktor dedahkan 3 sebab rasional tindakan itu diambil

Iklan
covid-19

SEMALAM, tular seorang pelajar perubatan sebuah universiti tempatan mendakwa dirinya dilarang menduduki peperiksaan kelayakan kerana belum mendapatkan vaksin Covid-19.

Topik yang hangat diperkatakan itu telah menarik perhatian Pegawai Perubatan, Medical Mythbusters Malaysia, Dr Megat Mohamad Amirul Amirul Amzar yang melontarkan pandangannya.

Iklan
Iklan

Tulisnya di Facebook, beliau cuma ingin berkongsi informasi berdasarkan pengalamannya sebagai bekas pelajar perubatan dan seorang pelajar sarjana.

"Pertama, peperiksaan perubatan ini melibatkan pesakit. Apabila kita memilih untuk menolak vaksin, kita merisikokan pesakit yang terlibat dalam peperiksaan kita itu dijangkiti melalui kita.

Iklan

Selain itu, ujarnya lagi, pelajar perubatan sangat terdedah dengan risiko jangkitan sewaktu berada di kawasan rawatan seperti di klinik-klinik dan di wad-wad.

Iklan

"Jadi, tanpa vaksinasi, risiko mereka dijangkiti adalah lebih tinggi. Walaupun (risiko) jangkitan serius itu rendah kerana kebanyakan mereka muda dan sihat, mereka juga boleh menjangkiti orang lain," tambah beliau.

Dalam pada itu, ungkapnya, pihak universiti bertanggungjawab menjaga keselamatan pelajar keseluruhan.

"Vaksinasi terbukti memberi perlindungan kepada individu dan orang ramai melalui pembentukan kelompok imuniti.

Oleh itu, Dr Megat berharap isu pelajar tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

"Semoga adik Nik Farah Ellisha tidak menjadi boneka yang dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Terdahulu, menurut laporan akhbar tempatan, Nik Farah Ellisha Mohd Razif, 22, sebelum itu sudah memaklumkan kepada pihak universiti bahawa dirinya tidak mahu mendapatkan vaksin berkenaan.

Namun demikian, akibat didesak oleh pihak universiti, beliau kemudian bersetuju mendapatkan vaksin jenama pilihannya sebelum memaklumkan kepada pihak universiti pada April lalu.

Pihak universiti kemudian memberitahu akan memberikan tarikh temujanji, namun hingga pada hari peperiksaan pada 8 dan 9 Jun lalu, beliau masih belum mendapatkannya.

Ketika hadir untuk menduduki peperiksaan, pihak universiti telah melarang dan memintanya meninggalkan dewan.

Baca juga: Mandul, batuk tak hilang antara tanda Long Covid. Ini cara atasinya

Pada masa sama, beliau juga membuat permohonan bagi menduduki peperiksaan itu secara berasingan, namun ditolak.

Semalam, Nik Farah mengambil tindakan membuat laporan polis mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields ditemani ketua aktivis sebuah persatuan badan bukan kerajaan.