INGAT ya, jangkitan Covid-19 bukan seperti demam biasa kerana virus jahat itu boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang.

Lebih membimbangkan, apabila bekas pesakit dikatakan bakal menanggung komplikasi berpanjangan dikenali Long Covid.

Apakah yang dimaksudkan Long Covid? Jom ikuti penjelasan lanjut daripada Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang.

Menurut Dr Ahmad Samhan secara asasnya jangkitan Covid-19 terdapat lima kategori iaitu:

Kategori 1

  • Positif tanpa gejala

Kategori 2

  • Positif + ada gejala, tetapi tidak melibatkan paru-paru

Kategori 3

  • Positif + ada gejala dan jangkitan paru-paru

Kategori 4

  • Positif + ada gejala dan jangkitan paru-paru serta memerlukan bantuan pernafasan

Kategori 5

  • Positif + ada gejala dan jangkitan paru-paru, memerlukan bantuan pernafasan serta kegagalan organ

Mandul, batuk tak hilang antara tanda Long Covid. Ini cara atasinya

“Yang kita bimbang kategori 2,3,4 dan 5. Apabila masuk kategori ini, kemungkinan besar pesakit akan mengalami komplikasi Covid-19 dipanggil Long Covid!

Iklan

“Kenapa dipanggil Long Covid? Mudah cerita begini. Pesakit Covid-19 sudah sembuh, tapi menanggung komplikasi Covid berpanjangan.

“Seperti batuk tak hilang-hilang. Hidung tersumbat. Lendir di tekak. Kalau sebelum ini boleh jogging,
sekarang jalan pun semput. Buah pinggang rosak sampai kena dialisis.

“Sakit-sakit tubuh tak hilang. Sakit perut berpanjangan. Selalu sakit dada. Sakit kepala. Ada yang sampai hilang ingatan. Ada yang mandul. Memang menakutkan! Itulah realitinya.

“Apa yang kita nampak setiap hari, angka kes positif dan angka kes sembuh. Tapi hakikatnya, berapa
ramai yang sembuh tapi menanggung Long Covid. Seksa tau!,” kongsi beliau di Facebook baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Tak Bermaya, Hilang Daya Tumpu Selepas Sembuh. Long Covid Hantui Bekas Pesakit Koronavirus

Dr Ahmad Samhan Awang

Tambah Dr Ahmad Samhan, bagi membantu mencegah berlakunya Long Covid, maka mengambil suntikan vaksin solusi terbaik.

Iklan

“Sebab itulah kena ambil vaksin. Tujuan ambil vaksin bukan tak nak kena Covid-19. Tetap ada risiko
jangkitan cuma tak masuk ke kategori 2,3,4 dan 5.

“Long Covid ini lebih menakutkan daripada kesan sampingan vaksin. Itu kena faham,” tegasnya.

Justeru, pastikan korang mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19. Pembentukan imuniti
kelompok adalah sangat penting bagi melindungi diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Terus amalkan 3W iaitu kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer, memakai pelitup muka
disarankan dan mengamalkan penjarakan fizikal. Elak sembang dekat dan mengunjungi tempat sesak serta
sempit.

Sumber: Dr Ahmad Samhan