BUKAN sekali dua kita membaca berita kematian anak kecil akibat lemas di dalam besen atau baldi di bilik air.
Seharusnya insiden yang melibatkan nyawa anak-anak kecil tidak perlu dipandang enteng memandangkan mereka tidak berupaya untuk 'menyelamatkan' diri tatkala berdepan detik cemas.
Bercakap soal kanak-kanak mati lemas di bilik air ibu bapa perlu tahu bahawa kedalaman air kurang daripada 2.5 sentimeter pun sudah merisikokan nyawa mereka.
Inilah situasi yang dialami seorang ibu apabila anaknya tertonggeng ke dalam baldi walaupun ditinggalkan tidak sampai seminit.
Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook, wanita dikenali sebagai Dyla Adnan berkongsi cerita anak perempuannya, Adinda hampir lemas di dalam bilik air.
"
Menurut Dyla, ketika disedari, anaknya sudah dalam keadaan lembik.
Wanita itu amat bersyukur, anaknya yang diam sebentar tadi bernafas semula.
Baca juga Vaksin golongan 12 tahun ke atas diluluskan, cadang suntikan dibuat sebelum sekolah dibuka
Kuasa ALLAH MAHA BESAR, anak aku muntah lepas tu, dia dah nafas. Aku tetap buat benda sama dan tepuk-tepuk belakang dia. Lepas itu terus pergi hospital.
Alhamdulillah, anak yang tercinta selamat. Dyla turut berpesan kepada ibu bapa supaya lebih berhati-hati dan peka apa yang perlu dibuat apabila berdepan situasi sama.
Semoga perkongsian itu memberikan pengajaran dan mendidik kita perkara yang perlu dilakukan ketika dalam kecemasan.
Anak-anak kecil memang suka main air. Kita awasi dengan sebaiknya ya!