KEMENTERIAN Kesihatan Kesihatan (KKM) pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-359 hari ini mengumumkan berita gembira buat ibu bapa dan guru apabila meluluskan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada golongan berusia 12 tahun dan ke atas.

Sebelum ini vaksin berkenaan diluluskan pendaftaran bersyarat digunakan bagi tujuan imunisasi aktif buat individu berusia 18 tahun dan ke atas.

Warganet memberikan pelbagai respons terhadap keputusan itu.

– “Remaja 12 tahun hingga 17 tahun boleh divaksin dengan Pfizer. Harapnya pelaksanaan vaksin untuk bawah 18 tahun dapat dilaksanakan sebelum sekolah dibuka.”

– “Jangan diulangi kesilapan hari itu. Ramai kanak-kanak terkena Covid-19 dan terpaksa pergi ke pusat kuarantin. Kasihan.”

– “Kanak-kanak biarlah dulu. Biar sekolah dari rumah dahulu. Setelkan yang tertunggak ini dulu…”

– “Orang imuniti rendah dari Februari daftar pun tak dapat lagi. Macam mana tu.”

Baca juga Jangan terlalu selesa walaupun sudah divaksin. Selagi 80% belum disuntik, patuhi SOP

Selain itu, PBKD turut bersetuju meluluskan pendaftaran bersyarat dua jenis vaksin yang memerlukan satu dos suntikan sahaja.

Ia adalah Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) keluaran CanSino Biologics Inc, China dan Janssen COVID-19 Vaccine (keluaran Johnson & Johnson).

Kedua-dua vaksin itu diberi kelulusan Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (Emergency Use Listing atau EUL) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pendaftaran Janssen Covid-19 Vaccine yang diperoleh oleh kerajaan Malaysia melalui fasiliti COVAX ini dilaksanakan melalui mekanisme perakuan (recognition) ke atas kelulusan WHO EUL.

Secara tidak langsung, kelulusan suntikan vaksin Janssen dan Convidecia Recombinant Novel Coronavirus yang hanya memerlukan satu dos disambut baik warga maya.

Iklan

Rata-rata berpendapat perkara itu dapat mempercepatkan proses imuniti kelompok negara ini dicapai.

– “Vaksin Janssen (J&J) hanya perlukan satu dos, terbaik MOH.”

– “Wow dah ada yang satu dos. Tak perlu suntik banyak kali, temujanji banyak kali. Sekali suntik settle. Terbaik MOH.”

Pun begitu, pihak KKM masih memberikan keutamaan pemberian vaksin kepada kumpulan berisiko tinggi selaras dengan dasar sedia ada di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Baca juga Ibu hamil, menyusu badan segera update Mysejahtera untuk janji temu vaksin Covid-19

Secara amnya, setakat ini Malaysia mengaplikasi tiga jenis vaksin Covid-19 iaitu Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.

Iklan

Justeru, bagi korang yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi bertindak sekarang bagi membentuk imuniti kelompok.

Sumber: KKM