PENULARAN virus Covid-19 di Malaysia masih belum dapat dikawal sepenuhnya.
Peningkatan bilangan pesakityang kritikal dan status keperluan katil icu serta ventilator di malaysia mengundang kebimbangan.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan peratusan pesakit dari kategori 4 dan 5 termasuklah jangkitan virus VOC (Variant of Concern) yang lebih agresif dan keadaan ‘happy hypoxia.’
Ramai juga pesakit kategori 1, 2 dan 3 yang berisiko rendah perlu melaksanakan Pemantauan Kendiri atau kuarantin kendiri di rumah. Tentu isolasi ini akan mengundang stres atau kemurungan.
Walaupun tidak bergejala ketika melakukan kuarantin kendiri, sistem imunisasi diri harus dititikberatkan. Ini adalah kunci utama untuk sentiasa sihat dan kuat melawan jangkitan.
Satu perkara yang harus diingatkan, masa kuarantin bukan masa untuk korang bermalasan di rumah. SinarPlus memberi beberapa cara meningkatkan sistem imun tubuh ketika kuarantin.
Baca juga: Beberapa makanan boleh kurangkan risiko depresi melampau. 3 kajian antarabangsa buktikannya
1. Bersukan
Melakukan aktiviti sukan sangat digalakkan supaya korang lebih sihat dan berfikiran positif.
2. Meditasi
Kesihatan mental harus dijaga. Kuarantin kendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain boleh mengganggu mental seseorang. Oleh itu, jangan abaikan kesihatan mental, korang boleh lakukan meditasi.
3. Tidur yang cukup
Tidur yang cukup boleh memberi ruang kepada sistem tubuh untuk bekerja secara optimum. Orang dewasa disyorkan tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
Apabila mendapat kurang tidur, badan akan cepat letih dan stres dan menyebabkan sistem imun menjadi lemah. Tidur siang selama 30 minit juga boleh mengurangkan tekanan dan baik untuk kesihatan.
4. Minum air secukupnya
Air sangat penting untuk kekalkan diri terhidrat. Banyakkan minum air kosong. Jika korang bosan minum air kosong, boleh tambahkan potongan lemon untuk menambahkan rasa dan menampung keperluan vitamin C kepada badan.
5. Berkomunikasi
Kuarantin menjadikan kita rasa ‘terasing.’ Jadi, hubungi ahli keluarga dan kawan rapat untuk bertanya khabar dan berkomunikasi. Paling penting, jangan menyendiri!
6. Ketawa
Ketika menjalani kuarantin, korang akan mempunyai banyak masa untuk menonton TV atau filem. Justeru, elakkan memilih cerita yang sedih dan akan membuat korang tertekan sebaliknya tontonlah drama atau filem komedi yang boleh membuat korang terhibur.
Baca juga: Guna air fryer masak kuih mudah dan cepat. Churros, kuih bakar gerenti sedap
Di samping memantau kesihatan diri, jangan hanya bermalasan sehingga menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan ketika kuarantin kendiri di rumah.
Semoga korang sentiasa berfikiran positif. Sekiranya menghadapi masalah, jangan malu untuk berkongsi dan mendapatkan nasihat daripada pihak yang sewajarnya.