[VIDEO] "Otot mengecut, bimbang lepas ini bahagian mana pula sakit"- Ashraf Muslim trauma kesan Covid-19

Iklan
ashraf muslim

AWAL Jun lalu, pelakon Ahsraf Muslim mendedahkan beliau mengalami masalah kesihatan dikatakan kesan jangka panjang akibat jangkitan Covid-19 yang dialami pada April tahun lalu.

Pada mulanya, Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim, 40, menyangkakan masalah itu berpunca dek kecederaan lama pada bahu.

Iklan
Iklan

Pun begitu, selepas melakukan pemeriksaan dan prosedur termasuk X-ray doktor mendapati kesakitan itu kesan daripada jangkitan koronavirus.

Apakah sebenarnya yang berlaku pada Ashraf? Bagaimana keadaan beliau hari ini?

Iklan

Jom ikuti kupasan lanjut sesi Live SinarPlus kendalian Addy Junaidi bersama Ashraf baru-baru ini.

Bagaimana keadaan Ashraf dan keluarga sepanjang tempoh total lockdown ini?

Iklan

Seperti yang kita sedia maklum dalam tempoh ini (total lockdown) banyak aktiviti terbatas sehingga nak bekerja pun tak boleh.

Maklumlah, sebelum pandemik saya sibuk bekerja dan jarang dapat melihat pembelajaran mereka.

Tapi, kali ini saya lebih mengetahui perkembangan dan belajar bersama anak-anak. Inilah masa terbaik untuk saya mengenali mereka.

[caption id="attachment_50331" width="480"] BAHAGIA. Ashraf (dua dari kanan) di samping dua isteri dan anak-anaknya.[/caption]

Bercakap mengenai sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), ia salah satu cabaran besar buat ibu bapa hari ini sehingga ada yang mengakui hilang sabar. Bagaimana pula dengan Ashraf?

Mula-mula memang hilang sabar dan naik angin sebab soalan mudah pun anak-anak tidak boleh menjawab (ketawa).

Tapi, apabila memikirkan semula saya tak boleh berterusan begitu. Lalu, mengambil pendekatan berlembut dan nampak perubahan dari semasa ke semasa.

Baru-baru ini, Ashraf ada berkongsi mengenai kesan jangka panjang akibat jangkitan Covid-19 yang dialami. Boleh ceritakan lebih lanjut bersama pembaca SinarPlus?

Pada awal April tahun 2020, saya disahkan positif koronavirus selepas pulang dari Scotland.

Pengerakan badan dan tidur jadi serba tidak kena kerana terlalu sakit. Namun begitu, selepas tiga hari kesakitan dialami reda sedikit dan saya dimasukkan ke hospital kerana Covid-19.

Selepas menjalani pemeriksaan X-ray saya disahkan mengalami otot mengecut.

Artikel berkaitan: ‘Ini Semuanya Kesan Covid…” – Ashraf Muslim Dedah Alami Kesan Jangka Panjang Akibat Covid-19

Doktor merawat ada bertanyakan sama ada pernah berlaku hentakan sehingga menyebabkan ia saki, tetapi saya memang tidak pernah berdepan situasi sedemikian.

Sehubungan itu, doktor menerangkan kebarangkalian masalah otot tersebut berpunca daripada dua faktor.

Pertama kesan hentakan kuat atau kedua disebabkan Covid-19. Jadi memang jelas ia disebabkan virus itu yang telah masuk ke dalam darah lalu mengecutkan otot.

Oleh itu, saya menjalani beberapa rawatan termasuk mendapatkan suntikan.

Terkini dimaklumkan selepas pulih daripada wabak bekas pesakit akan berdepan pula dengan Long Covid atau dikenali Sindrom Post Covid. Adakah Ashraf sedar mengenai situasi Long Covid?

Tidak. Rasanya bukan saya sahaja, malah sebahagian besar bekas pesakit juga tidak mengetahui tentang Long Covid ini.

Lagipun selepas setahun baru saya merasai kesan akibat dijangkiti Covid-19.

Jika diperhatikan Ashraf antara individu aktif bersukan bermain bola keranjang dan ragbi. Adakah keadaan fizikal kini membataskan pergerakan?

Pada satu tempoh apabila aktiviti sukan dibenarkan saya kembali bersukan bermain bola keranjang, tetapi tenaga hari ini sudah berbeza.

Tangan tak kuat. Kadangkala balingan bola pun terlepas sasaran. Sebab itu, saya perlu menjalani rutin fisioterapi dan ia mengambil masa.

Artikel berkaitanAshraf Muslim Kini Bebas Covid-19

Perasaan Ashraf selepas dijangkiti Covid-19?

Tidak dapat dinafikan perasaan trauma membelenggu diri kerana bimbang agaknya selepas ini bahagian mana pula akan mengalami kesakitan.