Wanita terbalikkan jualan gerai sebelah, dipercayai tak puas hati

Iklan
2

PERSAINGAN antara asam garam dalam dunia perniagaan, apatah lagi perlu 'berlumba-lumba' menjual produk yang sama ditawarkan peniaga lain.

Baru-baru ini tular di media sosial satu video yang menunjukkan seorang wanita dipercayai bertindak menterbalikkan barang jualan peniaga di gerai berhampiran di Kajang, Selangor.

Iklan
Iklan

Pun begitu, difahamkan dua peniaga tersebut tidak berniaga produk sama yang mana masing-masing menjual laksa dan keropok lekor .

"Kak, apa salah saya? Saya cuma berniaga sebelah khemah akak.

Iklan

"Saya pun macam akak berniaga nak teruskan hidup.

"Tapi kenapa akak terbalikkan barang dagangan saya? Kita berniaga benda berbeza kan?," antara luahan yang ditulis dalam video TikTok pengguna dikenali sebagai @nurul_anuar.

Iklan

Lebih menyedihkan dalam video itu turut memaparkan situasi peniaga yang menjadi mangsa mengutip bahan-bahan jualan yang berselerak di tapak gerai.

Perkongsian video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet. Bahkan, ada bersimpati dan mendoakan yang terbaik.

 

Baca juga Peniaga barang atau perkhidmatan wajib ambil tahu perkara ini elak gharar dalam perniagaan

Kata-kata warga maya:

-"Demi ALLAH mereka lupa rezeki bukan milik mereka. Sabar, ALLAH akan ganti yang terindah buat hamba-hambanya.”

-"Sampai hati. Zalim. ALLAH memberi rezeki, kita kena usaha bukan tamak macam ni. Ya ALLAH Engkaulah MAHA MENDENGAR."

-"Apahal nak melampau sangat tu. Aku pula yang geram.”

-"Ya ALLAH tergamaknya. Dia tak percaya rezeki pada ALLAH ke? Semoga sis dilimpahkan rezeki berlipat ganda.”

-"Sabar ya, doa orang teraniaya makbul. Terus kuat.”

"Semoga ALLAH gantikan dengan yang lebih baik. Sabarlah atas ujian ini.”

Baca juga Pipi Bayi Tertoreh Pisau Ketika Caeser, Terima 13 Jahitan

Difahamkan wanita yang bertindak kasar berkenaan sudah memohon maaf kepada ahli keluarga peniaga itu.

Dalam perniagaan jangan jadikan pesaing sebagai musuh, sebaliknya berbaiklah kerana ia menguatkan semangat 'persaingan' yang sihat dan positif.