Gara-gara seorang mak cik hampir jatuh motor, pemuda tampil tampal jalan rosak

Iklan
Gara-gara seorang mak cik hampir jatuh motor, pemuda tampil tampal jalan rosak

MELAKUKAN kebaikan bukan hanya tertumpu kepada amalan yang membawa manfaat untuk diri sendiri.

Kita juga dianjurkan untuk berusaha melakukan kebaikan terhadap orang lain.

Iklan
Iklan

Hulurkanlah apa juga bantuan berdasarkan kemampuan diri supaya bantuan itu dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Iklan

Begitulah juga yang boleh digambarkan kepada seorang pemuda ini apabila dia tampil bertindak menampal jalan raya yang rosak teruk bagi laluan orang ramai.

Menerusi sebuah video klip yang dikongsinya di laman Instagram, pemuda dikenali @madshafiq_ itu tampil berbuat sedemikian gara-gara pernah ternampak seorang mak cik yang hampir terjatuh motor melalui jalan tersebut.

Iklan

Baca juga Penantian 16 tahun hamil anak kedua tercapai, wanita kongsi tip

Selain itu, dia juga berharap usahanya itu dapat memberi kesenangan kepada kawan-kawan rider dan mengelakkan mereka daripada kemalangan memandangkan di situ kawasan kedai makan seperti nasi kerabu, nasi ayam, nasi siam, mouthgasm crunchy dan sebagainya.

Perkongsiannya turut mendapat pelbagai pujian warga maya yang rata-rata mengatakan itu satu usaha yang sangat baik.

Terbaik anak muda!