SETIAP pasangan suami isteri pastinya mengimpikan kehadiran anak-anak sebagai pelengkap bahtera perkahwinan yang dimeterai.

Pun begitu, bukan semua pasangan berkahwin dimurahkan rezeki mendapat cahaya mata, malah sesetengahnya diuji penantian selama bertahun-tahun.

Namun begitu, siapa kita untuk menidakkan takdir ALLAH kerana semua yang berlaku adalah izin daripada-NYA.

Buat pasangan yang sedang diuji belum dikurniakan zuriat barangkali perkongsian wanita ini boleh dijadikan antara penyuntik semangat.

Menerusi perkongsian sebuah video di laman sosial TikTok, wanita dikenali @AinnAisya berkongsi detik manis membuat kejutan ‘menghadiahkan’ suaminya kit ujian kehamilan.

Minyak zaitun terbaik! Ini makanan tambahan sihat ibu hamil

Kit yang menunjukkan keputusan positif itu merupakan kejutan terbesar buat suami selepas bertahun-tahun menunggu isterinya hamil cahaya mata kedua.

Pasangan berkenaan telah memiliki seorang anak lelaki yang kini berusia 17 tahun.

Memetik laporan portal tempatan, Siti Aisyah Ibrahim, 40, berkata, kejutan itu dibuat pada Januari lalu selepas solat Subuh, namun dikongsikan kepada umum baru-baru ini.

Cerita beliau, suaminya berusia 44 tahun telah membuka sebuah kotak jam tangan dan terpaku apabila melihat kit kehamilan.

Katanya, anak sulung mereka sebelum ini adalah ‘bunting pelamin’. Beliau berpeluang hamil kali kedua, namun mengalami keguguran.

Iklan

Selain itu, Aisyah turut mengambil kesempatan berkongsi nasihat buat para wanita yang belum mempunyai rezeki menimang cahaya mata.

Titipnya yang bakal bersalin Ogos depan diharapkan para wanita sentiasa bersabar selain usaha, berdoa dan bertawakal. Suami isteri juga perlu berfikiran positif.

Ujar Aisyah lanjut, dirinya mula melakukan aktiviti berbasikal bersama suami sejak tahun lalu bagi mengurangkan berat badan.

Baca juga Wanita terbalikkan jualan gerai sebelah, dipercayai tak puas hati

Iklan

Wanita yang bertugas sebagai jururawat turut menabung usai solat Subuh dan wang itu disumbangkan ke masjid.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Moga perkongsian beliau memberi manfaat kepada golongan wanita yang sentiasa sabar menanti kehadiran cahaya mata.

@ainn_aisyaSelamat hari lahir my darling….😘😘 Hadiah tak ternilai buat abang. ##birthday ##ttc ##fypシ ##pasirmaskelantan ##geweorekelate ##satuhatisampaimati♬ bunyi asal – ainn_aisya