Sakit dan tertekan emosi punca gajah naik minyak sampai pijak penjaga

Iklan
Gambar hiasan (43)

TUGAS sebagai penjaga haiwan di zoo bukan kerja mudah kerana ia memerlukan tahap waspada yang tinggi memandangkan kita tidak berurusan dengan manusia.

Seorang penjaga gajah, Anucha Tangsakun, 38, maut di Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV), Hulu Terengganu, Terengganu hari ini.

Iklan
Iklan

Tidak menyangka rutin harian warga Thailand itu menguruskan gajah bertukar tragedi apabila dipercayai diserang haiwan terbabit.

Iklan

Dalam kejadian tragis tersebut, Tangkasun dikatakan dipijak sehingga cedera parah pada bahagian paha dan perutnya terbelah!

Kejadian itu berlaku berhampiran kawasan yang menempatkan seekor gajah bernama Tenang pada jam 8.15 pagi.

Iklan

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, sebelum kejadian Tangsakun dikatakan melakukan kerja-kerja pembersihan, memberi makan dan membawa gajah mandi di sungai pada jam 7.45 pagi.

Baca juga [VIDEO] Gajah Nakal Jenguk Dapur, Pecah Dinding Untuk ‘Curi’ Beras

[caption id="attachment_50463" width="898"] Tangkap layar laman web KECV.[/caption]

 

Hasil siasatan awal mendapati mangsa diserang dan dipijak si Tenang.

Gajah berusia 22 tahun itu dipercayai mengalami gangguan emosi sejak dua minggu lalu kerana sering diganggu gajah liar berhampiran.

 

 

Difahamkan, dalam insiden berkenaan Tenang cedera pada bahagian belalai akibat diserang seekor gajah liar jantan.

"Sewaktu kejadian mangsa telah melepaskan ikatan rantai pada kaki Tenang untuk membawanya mandi.

"Tenang tiba-tiba ‘naik minyak’ telah menyerang lelaki itu dengan menusuk gading ke bahagian perut dan paha kiri,” kata Mohd Adli.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu, Terengganu untuk tindakan lanjut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.