TULAR di media sosial video seekor gajah memusnahkan sebahagian dinding dapur sebelum mengambil sebungkus beras di sebuah di Hua Hin, selatan Thailand pada Ahad lalu.

Kejadian tersebut dikatakan jarang berlaku, tetapi berkemungkinan haiwan itu menghidu makanan lalu memecah tembok dinding dapur awal pagi.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, pemilik rumah, Rachadawan Phungprasopporn dan suaminya terjaga dek terdengar bunyi aneh. Lalu mereka bergegas ke dapur untuk melihat apa yang telah berlaku.

Sebaik sahaja tiba di dapur pasangan suami isteri itu terkejut bukan kepalang apabila melihat seekor gajah dengan gading yang besar sedang menggegarkan kabinet dapur menggunakan belalai.

Kerosakan dapur yang dialami akibat kejadian pencerobohan itu.

Rachadawan berkata, suaminya segera bertindak menghalau haiwan itu dan ia hilang ke hutan berdekatan.

Menurutnya, gajah yang dinamakan Plai Bunchuay oleh penduduk setempat sememangnya terkenal di kawasan kejiranan berkenaan sehingga menyebabkan banyak kerosakan.

“Ia pernah datang ke sini dua bulan lalu dan meninjau-ninjau, tetapi ketika itu tidak merosakkan barang.

Sebahagian dinding bahagian dapur runtuh gara-gara gajah nakal cuba mendapatkan beras.

“Kami berbincang dengan petugas hidupan liar setempat dan mereka memberitahu supaya tidak menyimpan makanan di dapur kerana bau boleh menarik perhatian gajah. Jadi kami ikut nasihat mereka.

“Proses membaiki dinding rumah akan menelan belanja kira-kira 50,000 Baht (RM6572.83). Memang agak lucu melihat gajah seperti itu, tetapi saya juga bimbang ia kembali,” kata Rachadawan.

Baca juga Aksi Comel Anak Gajah Baring Keletihan, Berjalan Sejauh 500km Curi Perhatian

Direkodkan, Thailand mempunyai 2,000 ekor gajah Asia yang hidup liar di hutan. Haiwan tersebut dikatakan sering ke kawasan perumahan dan berada di jalan raya.

Kakitangan dari Taman Nasional Thailand berkata, kawasan hutan menjadi kawasan habitat bagi gajah liar. Mereka percaya perubahan tingkah haiwan berlaku kerana respons pada makanan di rumah penduduk.

Pegawai Pemuliharaan, Supanya Chengsutha menjelaskan: “ Keadaan ini terjadi apabila gajah tercium bau makanan dan ingin memakannya.

Iklan

“Bukan kerana ia lapar kerana boleh memperoleh makanan di hutan cuma kuantitinya tidak banyak.

“Tabiat pemakananan gajah juga berubah ekoran banyak berhubung dengan manusia. Justeru, haiwan berkenaan mula menyukai makanan yang sama dinikmati orang ramai.

“Mungkin juga pemburu dan perangkap di hutan telah mengganggu habitat, lalu gajah bergerak keluar dari hutan menuju ke penempatan.”

Baca juga Zoo Melaka Perlu RM600,000 Sebulan, Hampir 6 Bulan Tak Beroperasi

Iklan

Gajah Asia jantan mempunyai ketinggian sekitar 2.75 meter (m) dan seberat 4,000 kilogram (kg) manakala gjah betina lebih kecil sekitar 2.40m dan boleh mencecah berat hingga 3,000kg.

Sejak tahun 1986 gajah Asia telah disenaraikan sebagai spesies terancam.

Ini kerana populasi makin berkurangan sebanyak 50 peratus antara 60 hingga 75 tahun lalu.

Baca juga Ular Sawa Berat 100kg Ala Anaconda Ditemui Di Perak. Mampu Telan Mangsa Sama Berat Badannya

Pada tahun 2019, populasi gajah Asia dianggarkan berjumlah 48,323 hingga 51,680 ekor sahaja.

Gajah betina hidup lebih 60 tahun ketika berada di persekitaran separa semula jadi. Di zoo, spesies itu mati pada usia muda.