GUSI sakit, mulut berbau, gigi kuning dan rosak! Berikut antara kesihatan mulut dialami kesan mendapatkan rawatan daripada 'pakar' tidak bertauliah.
Jika sebelum ini heboh di media sosial mengenai fake braces, kali ini muncul pula fake veneer yang semakin popular dalam kalangan masyarakat.
Ia merupakan kaedah membaiki mencantikkan dan melindungi permukaan gigi yang rosak atau bermasalah.
Tidak dinafikan semua insan mempunyai keinginan untuk kelihatan cantik dan menawan, tetapi janganlah sampai tersilap langkah sehingga memudaratkan diri.
Apabila menyebut ‘rawatan', maka secara logiknya ia harus dilakukan oleh pakar perubatan profesional.
Mula-mula mungkin nampak cantik, tapi untuk jangka masa panjang ia boleh menimbulkan masalah kesihatan lebih besar.
Ini disebabkan dalam jangka masa tertentu ia boleh menyebabkan masalah kesihatan mulut yang serius.
Katanya, pertama sekali penunggang kecantikan atau ‘doktor gigi palsu’ langsung tidak kisah tentang kesihatan mulut pelanggan.
Fake veneer akan terus ditampal pada permukaan gigi tanpa mengambil kira faktor karies atau infeksi yang boleh berlaku.
Akibatnya, individu mungkin perlu melakukan rawatan akar bagi mengelakkan infeksi semakin serius yang mana ia akan bernanah dan membengkak sehingga membahayakan kesihatan mulut.
Berikut masalah yang boleh berlaku:
Skull dan crossbonesosteomyeletis
- infeksi pada tulang
Skull dan crossbonesludwig angina
- bengkak sehingga tidak boleh bernafas dan mengakibatkan kematian.
Skull dan crossbonescellulitis
- infeksi kulit
Mengulas lanjut, pemakaian Veneer yang tebal boleh menyebabkan plak dan makanan mudah melekat pada gigi. Justeru, gusi mula mengalami masalah gingivitis seterusnya merebak pula pada tulang dan menyebabkan periodontitis.
Tegas beliau, gusi berdarah, tulang mengecut dan mulut berbau busuk.
Ujar Dr Ibrahim, masalah lebih serius berlaku dikenali lock jaw yang mana mulut pesakit buka luas, tetapi tidak boleh ditutup.
Berbaloikah jika semua komplikasi tersebut berlaku kepada korang semata-mata kerana ingin ‘mencuba’ pemakaian fake veneer?
"Sebenarnya, hanya diri sendiri perlu bertanggung jawab terhadap kesihatan mulut," pesan Dr Ibrahim yang turut merayu agar masyarakat menyebarkan maklumat, lebih peka kesihatan mulut dan tidak mudah tertipu dengan penunggang kecantikan.
Ciri-ciri fake veneer:
1. Warna putih melampau (mentos).
2. Bentuk gigi yang tak simetri/tak sesuai dengan wajah seseorang.
3. Saiz yang terlalu gemuk (bulky).
4. Mudah tertanggal.
5. Pasang sekadar di rumah/salon/butik.
Keburukan fake veneer:
1. Mulut berbau
2. Gigi goyang
3. Sakit sendi di rahang kerana gigitan tidak stabil
4. Masalah gusi
5. Susah nak makan
6. Risiko penyakit berjangkit seperti HIV & TB kerana bahan digunakan tidak tahu tahap kebersihan dan keadaan ketika memasang
Ingat kawan-kawan, salah satu cara untuk gigi adalah merujuk doktor gigi bertauliah dan profesional.