Basuh pakaian guna mesin automatik, ini fungsi butang 'soak' atau 'tub cleaning' yang perlu dimanfaatkan
PERNAH atau tidak ibu-ibu atau kita sendiri membasuh kain menggunakan mesin automatik, tetapi pakaian masih berbau hapak?
Sudah pelbagai cara dicuba bagi mengatasi bau itu, antaranya menggunakan pewangi atau pelembut pakaian, namun, pakaian masih mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Bukan itu sahaja, ditambah pula dengan habuk atau kerak-kerak hitam yang masih melekat.
Sebenarnya, jika anda semua ingin tahu, itulah 'signal' daripada mesin basuh yang menunjukkan peralatan itu perlu dicuci.
Melalui satu perkongsian di Facebook Ika Hazman baru-baru ini, beliau berkongsi kaedah mudah mengatasi segala masalah tersebut dengan mudah.
"Ya, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.
"Fungsi butang 'soak' atau 'tub cleaning' pada mesin basuh bukan hiasan semata-mata ya. Ada gunanya iaitu untuk membuat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh," tambah beliau.
Berikut proses mencuci mesin basuh menurut perkongsian beliau:
1. Tekan ON
2. Pilih dan tekan program SOAK atau TUBE CLEANING. Kemudian, tekan START.
3. Apabila mesin sudah mula mengisi air sehingga tub hampir penuh, masukkan CUKA dan SODA BIKARBONAT.
"Sukatan cuka dan soda bikarbonat itu boleh agak-agak sahaja. Memadai dengan memasukkan suku cawan cuka dan 2 hingga 3 sudu soda bikarbonat.
"Selepas itu, tutup bahagian atas mesin basuh dan biarkan sehingga proses itu selesai.
"Cuma apabila buat sesi mencuci mesin basuh tadi janganlah letak kain pula ya," pesannya.
Jadi, apa lagi, bolehlah cuba, seelok-eloknya lakukan dua bulan sekali agar mesin basuh kita dapat berfungsi seoptimum mungkin.
Baca juga: Elak cuci tudung guna mesin basuh, ikuti 5 langkah mudah ini
Tidak mustahil juga mesin basuh di rumah akan rosak kerana sudah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul.
Baca juga: Pakaian anak bernajis, boleh ke terus basuh guna mesin?
Oleh itu, boleh amalkan tip di atas agar mesin basuh sentiasa bersih dan tidak cepat rosak. Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang