Warga Perak diberhenti kerja, tak dapat berniaga, MAIPk tawar skim bantuan kecemasan

Iklan
bantuan

TIDAK dinafikan pandemik Covid-19 sejak tahun lalu telah mengakibatkan ramai rakyat Malaysia terkesan dari aspek sosial dan ekonomi.

Tambahan pula apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini peringkat fasa pertama PKP3.0.

Iklan
Iklan

Justeru, bagi warga Perak yang terjejas pendapatan ini berita baik buat korang.

Iklan

Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk adalah bantuan disasarkan kepada penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk dan Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas sumber pendapatan.

Ia melibatkan golongan diberhentikan kerja, tidak dapat menjalankan perniagaan, diberi cuti tanpa gaji kerana majikan menghentikan operasi atau sebab-sebab lain yang munasabah.

Iklan

Bantuan itu bertujuan mengurangkan beban kehidupan yang terkesan dek pelaksanaan PKP3.0.

Tiga kategori penerima Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk:

Kategori Pertama (Bantuan RM200 One Off)

  • Penerima Bantuan Kewangan Bulanan dan Sewa Rumah yang berdaftar di bawah MAIPk sehingga Jun

    2021

  • Penerima Bantuan Kewangan:
  • Bulanan Fakir / Miskin Mualaf dan Anak Yatim, Sewa Rumah

Kategori Kedua (Bantuan RM400 One Off)

  • Golongan bersasar yang diuruskan pihak MAIPk dengan kerjasama agensi kerajaan dan persatuan / Badan Bukan Kerajaan (NGO)
  • Golongan sasaran:

  1. Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Maahad Tahfiz Quran (MTQ), dan Pondok (Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak)
  2. Peniaga Pasar Tani yang berdaftar di bawah agensi Lembaa Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  3. Peniaga dan Penjaja Kecil yang berdaftar di bawah Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu

    Negeri Perak (PPPKM)

  4. Usahawan Asnaf (berdaftar di bawah MAIPk)
  5. Pemandu Teksi yang berdaftar di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
  6. Pemandu Lori / Pemandu Bas yang berdaftar di bawah Persatuan Pemandu Lori & Bas Perak (PPLBP)
  7. Orang Kelainan Upaya (Penerima bantuan EPC di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM)
  8. Orang Kelainan Upaya (Cacat Penglihatan) yang berdaftar di bawah Pertubuhan Orang Cacat

    Penglihatan Malaysia Cawangan Perak

  9. Pengusaha dan Pekerja SPA yang berdaftar di bawah Persatuan Usahawan SPA Perak (SISPA)
  10. Pekerja di Pusat Latihan Kemahiran yang berdaftar di bawah Persekutuan Pusat Bertauliah JPK

    Malaysia (FEMAC)

  11. Tenaga Pengajar yang memegang Sijil Pengajar Institut Memandu yang masih aktif di Institut Memandu yang terlibat di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Kategori Ketiga (Bantuan RM400 One Off)

  • Golongan terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan PKP 3.0.
  • Terdiri daripada mereka yang tidak termasuk dalam senarai Kategori Pertama dan Kategori Kedua.
  • Bantuan Kecemasan MAIPk

Syarat kelayakan:

a) Beragama Islam

b) Warganegara Malaysia

c) Bermastautin atau bekerja di Negeri Perak

d) Mempunyai pendapatan kasar tidak melebihi Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Perak

iaitu RM2,077.00

e) Terkesan dengan pandemik Covid-19 sama ada tidak dapat menjalankan urus niaga / pekerjaan harian / diberhentikan kerja / direhatkan tanpa gaj

f) Berkeluarga (hanya ketua keluarga sahaja boleh memohon)

Cara Permohonan Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk Bantuan Dana Khas semasa PKP 3.0 ini TIDAK dibuat melalui kaedah permohonan daripada individu.

Kaedah penyaluran bantuan adalah mengikut kategori penerima seperti jadual berikut:

Kategori Pertama

  • Bagi kategori ini tiada permohonan apa-apa perlu dilakukan. Bantuan akan disalurkan secara automatik ke dalam akun bank penerima secara berperingkat bermula Jun 2021.

Kategori Kedua

  • Pihak MAIPk akan mendapatkan senarai ahli berdaftar dan masih aktif (hingga 31 Mei 2021) daripada Agensi atau Persatuan yang mewakili individu dalam kategori tersebut.

Baca juga Simpan lesung batu ditempat betul, elak berkulat. Ini 3 bahan wajib untuk cuci alatan itu

Kategori Ketiga

Penerima akan dikenalpasti oleh jentera Kerajaan di peringkat Daerah, Mukim, dan Kampung.

Ia melibatkan penghulu Mukim, dan Ketua Kampung serta jawatankuasa masjid di kawasan tempat tinggal masing-masing bermula 21 Jun 2021.

Maklumat lanjut layari: https://www.maiamp.gov.my/index.php/info/berita/1615-faq-maipk-2021.html atau hubungi 05-208 4000.

Semoga bermanfaat.

Sumber: eCentral