"TUNGGU sembilan bulan dan laksanakan majlis yang simple itu tetap indah untuk haruman seindah seorang bayi."
"Ni baru betul majlis aqiqah ikut SOP."
"Alhamdulillah memang cara yang betul mendahulukan asnaf. Semoga ada keberkatan di situ."
"Allahuakbar macam ni la contoh teladan semoga Lisa dan Yusry sentiasa dalam rahmat ALLAH."
Umum mengetahui Lisa yang pernah membintangi filem Istanbul Aku Datang itu selamat melahirkan cahaya mata ketiga, Yunos Laith pada 15 Jun lalu.
Kelahiran bayi lelaki tersebut disifatkan istimewa kerana berkongsi tarikh kelahiran sama dengan Yusry.
Menerusi laman Instagram, aktres jelita tersebut bersyukur majlis aqiqah berjalan dengan lancar.
Apa yang menarik perhatian warga maya, majlis aqiqah itu dilakukan mengikut pematuhan prosedur
operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.o) yang telah ditetapkan.
Menurutnya, urusan penyembelihan dua ekor kambing dan makanan diagihkan kepada golongan asnaf dan keluarga terdekat.
Artikel berkaitan: Lisa Surihani selamat bersalin, anak ketiga kongsi hari jadi dengan Yusry
Selain itu, Lisa turut berkongsi foto cukur rambut Yunos yang dilakukan sendiri dan Yusry.
Meninjau ke ruangan komen, majlis aqiqah berkenaan menerima banyak pujian apabila dilakukan secara sederhana dan mematuhi SOP.
Malah, ramai pengikut mendoakan agar bayi mereka menjadi anak yang soleh dan dirahmati ALLAH selalu.