Lisa Surihani selamat bersalin, anak ketiga kongsi hari jadi dengan Yusry

A
A
A

PELAKON dan pengacara Datin Lisa Surihani selamat melahirkan cahaya mata ketiga yang juga bayi lelaki kira-kira jam 2.30 pagi, pada Selasa.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya yang juga pengarah dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim menerusi akaun Instagramnya kira-kira jam 10.30 pagi tadi

Lebih bermakna, anak pasangan ini berkongsi hari lahir dengan Yusry.

“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby dan Mummy dalam keadaan baik. Syukur.

“What a birthday present. Welcome to the world Junior!” tulis Yusry.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Pasangan ini turut dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 tahun, dan Yusof Leonne, 4 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca