SEMALAM tular di media sosial rakaman video memaparkan sekumpulan remaja perempuan bergaduh di kawasan tangga perumahan pangsapuri di Kelana Jaya, Selangor.
Menerusi perkongsian pengguna Twitter dikenali @4shrf, remaja tersebut dikatakan membuat live di media sosial masing-masing ketika insiden pergaduhan itu berlaku.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan akibat kejadian tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, arahan untuk menjalankan siasatan telah diperoleh daripada timbalan pendakwa raya.
Kesemua suspek yang terlibat telah dikenalpasti untuk siasatan lanjut.
Baca juga #SiBibirMerah: Niat uncle membantu, tapi dibelasah. Bimbang masyarakat fobia berbuat baik
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis menasihatkan masyarakat supaya menghentikan penularan rakaman video tersebut memandangkan kes masih dalam siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.