Vaksin Covid-19 dan kehamilan, apa ibu-ibu di luar sana perlu tahu?

Iklan

BERMULA 21 Jun lalu, Malaysia sudahpun memasuki fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Dijangkakan sehingga September depan, 60 peratus rakyat Malaysia sudah menerima dua dos lengkap vaksin tersebut.

Iklan
Iklan

Namun, bagi wanita hamil, mungkin akan berlegar-legar dalam fikiran mereka mengenai keperluan menerima suntikan tersebut.

Apakah perlu atau sebaliknya?

Iklan

Menurut Pusat Kawalan and Pencegahan Penyakit, wanita hamil yang dijangkiti Covid-19 didapati lebih cenderung untuk mengalami komplikasi pernafasan yang memerlukan rawatan intensif berbanding wanita yang tidak hamil.

Satu kajian yang diterbitkan di dalam jurnal perubatan JAMA Paediatrics pula mendapati wanita yang dijangkiti wabak itu lebih berisiko untuk meninggal dunia, melahirkan bayi pramatang dan mengalami praeklampsia.

Iklan

Pada masa sama, terdapat beberapa artikel penyelidikan serupa yang mendorong para pegawai kesihatan awam sedunia untuk mengesyorkan vaksin Covid-19 kepada wanita hamil bagi melindungi mereka dan bayi yang mereka kandung.

Meskipun mengetahui mereka terdedah kepada bahaya dijangkiti, ada sesetengah wanita hamil (termasuklah mereka yang merancang untuk hamil) masih berbelah-bahagi apabila berhadapan dengan persoalan tentang keperluan untuk divaksin.

Kepada ibu hamil sekalian, data semasa daripada vaksin messenger asid ribonukleik (mRNA-Pfizer) mengenai vaksinasi wabak pandemik itu ke atas wanita hamil tidak menunjukkan sebarang isu keselamatan kepada wanita yang sudah disuntik vaksin atau bayi mereka.

Mengulas lanjut, Pengarah Perubatan IMU Healthcare yang juga Profesor Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan di International Medical University, Prof Dr Nazimah Idris berkongsi pendapat beliau mengenai perihal tersebut.

[caption id="attachment_51041" width="1024"] Dr Nazimah.[/caption]

"Sekiranya ibu dijangkiti semasa hamil, berkemungkinan besar meraka akan mengalami jangkitan yang paling serius.

"Buktinya, ada laporan yang menyatakan jika ibu hamil dijangkiti wabak itu semasa trimester ketiga kandungan, risiko kematian adalah sangat tinggi.

Ujar pakar itu lagi, jika ibu hamil bukan dalam kategori tersebut, maka mereka mempunyai pilihan untuk menangguhkan pengambilan vaksin iaitu selepas melahirkan anak dan itu bergantung kepada keputusan perbincangan penilaian risiko bersama doktor.

Berikut soalan popular yang sering diutarakan oleh ilmu hamil dan akan dijawab oleh Dr Nazimah:

Apakah vaksin boleh memberi kesan kepada kehamilan?

Merujuk kepada kesan sampingan suntikan vaksin kepada wanita hamil, Dr Nazimah menjelaskan bahawa tiada ada bezanya dengan kesan yang dialami wanita yang tidak hamil.

"Anda akan mendapat kesan sampingan yang sama seperti wanita yang tidak hamil iaitu rasa lenguh, mual dan demam,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut berkongsi beberapa berita positif mengenai vaksin dan bayi.

"Vaksin itu tidak akan menjejaskan bayi. Ia bukanlah satu bawaan yang boleh dipindahkan ibu kepada bayi semasa hamil.

Dr Nazimah turut menasihati mereka yang merancang untuk mendapatkan suntikan, berunding dengan doktor obstetrik supaya penilaian dapat dibuat terlebih dahulu.

"Ibu hamil disarankan untuk menerima vaksin semasa usia kandungan di antara minggu ke-14 hingga minggu ke-28 supaya mereka mendapat perlindungan terbaik daripada penyakit yang lebih serius semasa trimester ketiga.

Apakah garis panduan yang sama turut terpakai kepada wanita yang cuba untuk hamil?

Jawabnya, sudah tentu.

"Saya mencadangkan supaya ibu-ibu melengkapkan dahulu dos vaksinasi sebelum merancang untuk hamil kerana mereka sudahpun dilindungi," katanya.

Pun demikian, ujar Dr Nazimah, usah khuatir jika para ibu mendapati mereka hamil seusai menerima dos pertama vaksin tersebut.

"Jangan bimbang. Teruskan kehamilan itu kerana vaksinasi ketika trimester pertama tidak meningkatkan risiko keguguran,” ungkap Dr Nazimah.

Merujuk kepada kesan vaksinasi terhadap tahap kesuburan seseorang, beliau memberikan fakta biologi yang mudah sebagai penjelasan.

"Kemampuan ibu untuk hamil adalah bergantung kepada proses semula jadi kitaran hormon iaitu apabila ovari menerima isyarat daripada otak.

Katanya, buat masa ini, ada tiga vaksinasi di Malaysia iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.

"Ketika ini, disyorkan supaya Pzifer diberikan kepada wanita hamil dan ibu yang menyusukan pula boleh diberikan vaksin Pfizer atau AstraZeneca.

Dalam pada itu, kongsi Dr Nazimah, pakar-pakar kesihatan sedunia mengesyorkan vaksin Pzifer untuk wanita hamil kerana banyak kajian telah dibuat ke atas mereka.

"Oleh itu, sudah ada data keselamatan yang membolehkan cadangan itu dibuat. Bagi dua vaksin lagi (Sinovac dan AstraZeneca), kajian masih berjalan,” jelasnya.

Perlukah bimbang sekiranya sudah mengambil suntikan vaksin AstraZeneca dan kemudian mendapati diri hamil?

Kata beliau, tidak sama sekali.

"Vaksin itu sendiri tidak menjejaskan kehamilan.

Hakikatnya, vaksinasi adalah pilihan peribadi.

Artikel berkaitan: Ibu hamil, menyusu badan segera update Mysejahtera untuk janji temu vaksin Covid-19

Namun begitu, maklum Dr Nazimah, apabila berhadapan dengan Covid-19 dan hakikat bahawa wanita hamil diketahui mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi berkaitan virus korona, maka isu mengenai mendapatkan perlindungan secukupnya menjadi kritikal.

Terbaharu, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin memaklumkan ketiga-tiga vaksin di Malaysia sesuai diberikan kepada golongan ibu mengandung berdasarkan panduan yang dikemas kini KKM.

Pun demikian, vaksin jenis Pfizer masih kekal disyorkan kepada ibu hamil manakala AstraZeneca dan Sinovac kini telah diklasifikasikan sebagai bersesuaian buat golongan itu.