UMUM mengetahui aktiviti merentas negeri dan daerah adalah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) kecuali melibatkan hal kecemasan dan kematian.
Sepanjang tempoh itu segala aktiviti sosial, pendidikan, perhimpunan awam ataupun percutian juga tidak dibenarkan.
Bercakap mengenai aktiviti merentas negeri baru-baru ini dilaporkan empat lelaki dari Kelantan dipercayai merentas negeri tanpa kebenaran menuju ke Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
Bagaimanapun, kegembiraan empat sahabat yang dikatakan melakukan aktiviti menyelam itu bertukar mimpi ngeri.
Ini disebabkan salah seorang daripada mereka ditemukan lemas di pulau berkenaan pada petang Khamis.
Mayat mangsa yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu dibawa ke Hospital Besut, Terengganu untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad memberitahu, pihaknya difahamkan sebelum kejadian empat lelaki berkenaan dikatakan melakukan aktiviti menyelam di kawasan tokong laut di pulau terbabit.
ANEKDOT Pulau Perhentian
1. Pulau Perhentian merupakan gugusan pulau terletak sekitar 10 batu nautika iaitu 19 kilometer (km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu dan 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama di sana ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
2. Pulau Perhentian pada awalnya tidak mempunyai nama khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu.
Di pulau itu juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai) untuk dihantar ke Kuala Terengganu.
4. Pulau Perhentian ialah destinasi percutian yang sangat popular dalam kalangan pengungjung tempatan dan pelancong luar negara.
Baca juga Meninggal dunia kerana Covid-19, waris boleh mohon bantuan khas hingga RM5,000
5. Ia dikatakan antara pulau tercantik di dunia dan mendapat gelaran Island Paradise dan Tropical Paradise.
6. Pulau Perhentian sememangnya terkenal dengan kecantikan alam semula jadi seperti pantai berpasir yang putih bersih, air laut jernih dan sebagainya.
7. Laut disekitarnya kaya dengan terumbu karang dan berbagai jenis ikan berwarna-warni.
8. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi di sana ialah:
- Pulau Perhentian Besar
- Pulau Perhentian Kecil
- Pantai panjang (Long Beach)
- Kincir Angin D’Lagoon
- Pantai Romantik
- Pantai Teluk Pauh
- Turtle Bay
- Pulau Rawa Air Bersih
- Tokong Laut
- Kampung Pasir Hantu
- Lata Air Berani
- Pulau Tokong Burung
- Terumbu tiga
- Teluk Dalam
- Teluk Keke