Meninggal dunia kerana Covid-19, waris boleh mohon bantuan khas hingga RM5,000

Meninggal dunia kerana Covid-19, waris boleh mohon bantuan khas hingga RM5,000
Meninggal dunia kerana Covid-19, waris boleh mohon bantuan khas hingga RM5,000
A
A
A

BANTUAN Khas Pengurusan Kematian Covid-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) merupakan bantuan one-off hingga kadar maksima RM5,000 diberikan kepada waris individu yang meninggal dunia disebabkan Covid-19.

Pada 17 Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan agar penggunaan Tabung

Covid-19 NADMA diperluaskan bagi meliputi bantuan khas pengurusan kematian kepada waris.

Tabung Covid-19 NADMA sebelum ini diwujudkan pada 11 Mac 2020 bagi memberi bantuan khas sebanyak RM100 sehari kepada rakyat yang bekerja atau berniaga di Malaysia tetapi kehilangan pendapatan atau tidak dibayar gaji.

Ia berikutan dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19.

Sejak Tabung Covid-19 dilancarkan, NADMA Malaysia telah menyalurkan bayaran Bantuan Khas Pengurusan

Kematian Covid-19 kepada 407 waris setakat 21 Mei 2021.

Hanya pengesahan kematian berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan KKM sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas berkenaan.

Hanya satu waris yang layak menerima bantuan khas tersebut. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris pihak NADMA akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.

Genap setahun, ini sejarah Covid-19 landa negara kita

Kaedah Permohonan:

  • Mengisi borang permohonan (muat turun) atau rujuk laman web http://www.nadma.gov.my/ms/
  • Sila pastikan dokumen-dokumen lengkap.
  • Borang permohonan disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan Covid-19.
  • Salinan sijil kematian.
  • Salinan kad pengenalan pemohon (waris si mati).
  • Salinan penyata bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)

Hantar permohonan lengkap melalui pos/e-mel/ WhatsApp ke NADMA:

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri Aras 7,

Blok D5, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA.

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Namun perlu diingatkan pemohon diminta membaca garis panduan permohonan dengan teliti dan mengemukakan dokumen lengkap. Permohonan dan dokumen tidak lengkap akan ditolak.

Baca juga 23 SOP PKPD di 8 daerah di Selangor, 14 lokasi di Kuala Lumpur mulai 3 Julai

Alamat rasmi e-mel: bkcovid19@nadma.gov.my dan WhatsApp: 011-1321 8056

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen permohonan lengkap.

NADMA juga berhak memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi dikemukakan atau menolak permohonan tidak menepati syarat-syarat ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.nadma.gov.my/ms/

Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca