TNB tawar diskaun bil hingga 40 peratus. Pengguna layak tak perlu mohon, potongan automatik

Iklan
TNB tawar diskaun bil hingga 40 peratus. Pengguna layak tak perlu mohon, potongan automatik

BERITA gembira buat lebih tujuh juta pengguna elektrik di seluruh negara, korang bakal menikmati diskaun bil antara lima hingga 40 peratus bagi penggunaan antara Julai hingga September ini.

Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) telah memperincikan pemberian diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung dan Sabah.

Iklan
Iklan

Perkara tersebut diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) baru-baru ini.

Iklan

Pengguna kediaman (domestik) di Semenanjung layak menerima diskaun secara automatik berdasarkan jumlah penggunaan bulanan seperti di bawah:

Ini jumlah penggunaan sebulan bagi pengguna kediaman (domestik) dan kadar diskaun.

Iklan

  • 1 hingga 200 kWj atau hingga RM43.60 - 40 peratus.
  • 201 hingga 300kWj atau RM43.93 sehingga RM77 - 15 peratus
  • 301 hingga 600kWj atau RM77.52 sehingga RM231.80 - 10 peratus
  • Antara 601-900kWj atau RM232.35 hingga RM395.60 - 5 peratus

Contoh:

Sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWj atau RM77, pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 15 peratus ke atas bil.

Diskaun pakej Pemulih tersebut akan tertera dalam bil elektrik mulai 15 Julai 2021 dan seterusnya.

Pelanggan yang menerima bil sepanjang bulan Julai 2021 akan menikmati diskaun mengikut bilangan hari penggunaan dalam bulan Julai 2021.

Diskaun yang diberikan adalah selepas mengambil kira rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj.

Diskaun PEMULIH akan mula dinikmati sepenuhnya dalam bil bulan Ogos dan September 2021.

Bagaimanapun, pengguna (domestik) dengan bil bulanan sekitar RM400 tidak layak menerima diskaun di bawah pakej PEMULIH.

Baca juga Tidak sampai 24 jam tiba di Malaysia, Ebit Lew kongsi 15 lokasi pemberian sumbangan

Ini disebabkan penggunaan telah melebihi had maksimum diskaun PEMULIH iaitu 900kWj atau RM395.60 sebulan.

Untuk maklumat lanjut layari: https://www.tnb.com.my/mco/pemulih/