PENDAKWAH bebas, Ebit Lew yang menyertai misi kemanusiaan Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin baru-baru ini sudah tiba ke Malaysia.

Beliau berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu sebelum memasuki Gaza bagi menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Dalam satu hantaran di laman sosial Facebook pada Jumaat, Ebit memaklumkan sudah pulang setelah selesai menjalankan misi tersebut.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan beliau dan kumpulannya sepanjang misi tersebut.

“Terima kasih semua yang selalu mendoakan ya. Allah sahaja yang membalasnya. Jika ada kebaikan atas yang kami buat berkat doa semua,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, beliau menjelaskan kumpulannya sedang menjalani kuarantin di tempat yang ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami sedang menjalani kuarantin di tempat yang ditentukan KKM. Terima kasih DS Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra serta Kedutaan Besar Malaysia di Mesir,” ujarnya.

Ebit dilantik sebagai Duta Muhibbah Palestin / Palestine Goodwill Ambassador baru-baru ini.

Baca juga Isteri Mohon Ebit Lew Terus Berjuang, Bantu Anak Kecil Palestin Hilang Rumah, Perlukan Duit Pembedahan

Bagaimanapun, belum lagi genap 24 jam tiba di tanahair, pendakwah dermawan ini sudah mula menghulurkan bantuan dengan menawarkan bantuan barang dapur kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Beliau malah turut menyatakan kesedihan tatkala menerima berita ramai yang mengambil keputusan menamatkan hayat lantaran keperitan hidup.

“Pohon doakan ya. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia.

“Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri.

“Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini.

“Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga.

“Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, beliau menyenaraikan lokasi dan nombor telefon untuk dihubungi mereka yang sedang memerlukan bantuan makanan.

Iklan

1.Kota Kinabalu, Sabah 01121820646
2.Seberang Perai Utara, Penang 0184636181
3.Semporna, Sabah 01159023120
4.Bintulu,Sarawak 0164035460
5.Senawang, Negeri Sembilan 0173164974
6.Bandar Kuantan, Pahang 01161096263
7.Kudat, Sabah 0169771243
8.Pasir Mas, Kelantan 0179478716
9.Sungai Petani, Kedah 01127226330
10.Ipoh, Perak 01151523766
11.Kunak, Sabah 0166033149
12. Pasir Gudang Johor Bahru 0107068364
13. Kuala Terengganu 01120507611
14 Melaka Tengah 01139900575
15.Kuala Lumpur, Selangor 0176296906

Baca juga Pilunya, Bapa Ebit Sakit Tenat Sempat Pesan Sempurnakan Kerja, Akan Balik Dalam Masa Terdekat

Perkongsian belia mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata terharu pendakwah itu kerana masih memikirkan nasib rakyat Malaysia walaupun kini sedang menjalani kuarantin. Malah ramai bersyukur  mengatakan ‘hero’ Malaysia sudah kembali.

“That’s why i love this guy, dia bantu semua manusia tanpa mengira bangsa atau agama.”

“Ustaz balik legaaaa rasa. Betul! Our hero is back.”

“Semoga sentiasa dalam rahmat Allah ustaz. Stay safe wira Malaysia kami semua.”

Iklan

“Ustaz dan team adalah orang-orang yang hebat dipilih ALLAH untuk membantu umat sejagat. Baru pulang dari misi bantuan di luar negara kuarantin dan lepas tu teruskan lagi misi bantuan pada yang memerlukan, ALLAHUAKBAR.”

“Balik dari Palestin terus salur bantuan di Malaysia, sedikit pun tidak bising-bising, tidak perlu angkat bendera putih. Dengan niat bantu bagi yang memerlukan, ALHAMDULILLAH terbaik ustaz.”

Semoga sifat dermawan Ebit Lew menjadi inspirasi dan teladan buat semua dalam membantu insan yang memerlukan terutamanya ketika negara sedang melalui saat genting ekoran penularan wabak Covid-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sumber: Instagram Ebit Lew