"Kuasa doa, dapat bersalin normal, nyaris ditolak ke dewan bedah" - Yatt Hamzah bersalin anak keenam

Iklan
2

PELAKON dan pengacara, Yatt Hamzah selamat melahirkan anak keenam pada Sabtu lalu.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 41, berkongsi berita gembira itu di laman sosial Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran baru-baru ini, beliau bersyukur berpeluang bersalin secara normal walaupun pada mulanya dijadualkan menjalani pembedahan caesarean.

"Jam 11 malam semalam hampir-hampir masuk ke dewan bedah untuk dibedah.

Iklan

"Dengan kuasa YANG MAHA BESAR pada saat-saat akhir dapat juga melahirkan secara normal jam 11.16 malam, 3 Julai 2021 (Sabtu) setelah hampir hari di wad.

"Pengalaman yang luar biasa. Hebatnya kuasa doa. ALLAHUAKBAR!” tulis Yatt.

Iklan

Yatt yang memiliki empat cahaya mata perempuan sebelum ini bersyukur dikurniakan anak lelaki pertama. Sebelum ini, difahamkan beliau pernah keguguran kandungan kelima pada September 2020.

"ALHAMDULILLAH...Bonda telah selamat melahirkan anak keenam (seorang di syurga). Inilah anak lelaki pertama Bonda. Satu-satunya anak lelaki,” kongsinya penuh kesyukuran.

"Genap sehari usia baby boy Bonda pada jam 11.16 malam ini. ALHAMDULILLAH, syukur ALHAMDULILLAH.

"Doakan juga baby terus sihat dan jadi anak yang soleh, pejuang agama,” luahnya lanjut.

Baca juga Yatt Hamzah Hamil Anak Keenam Pada Usia 40 Tahun

Baca juga Aku Reda, Namun Aku Tak Boleh Lupakan Dia.. – Yatt Hamzah

Selain itu, Yatt turut berterima kasih kepada suaminya, Mohamad Zulfadhli Khairuddin, ahli keluarga, sahabat dan followers yang telah mendoakan kesejahteraan dirinya dan si kecil.

Direkodkan, Yatt mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Zulfadhli pada Februari 2016 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha berusia setahun.

Sementara itu, anak sulungnya, Suci Hanania Malika, 9, merupakan cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: Instagram Yatt Hamzah