MESKI reda dengan kehilangan zuriat kelimanya apabila mengalami keguguran pada Selasa lalu, pelakon dan pengacara Yatt Hamzah mengakui tidak dapat melupakan kehadiran sementara anak bongsunya itu.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya semalam, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 40, memuat naik sebuah video yang menyaksikan saat janin anak yang dinamakan sebagai Muhamad Abdullah itu dikebumikan.

“Ya Allah aku reda, namun aku tak boleh lupakan dia. Anakanda Bonda Muhammad, tunggu bonda, abah dan kakak-kakak di pintu syurga ya anak.

“Bonda namakan anakanda bonda ini Muhammad Abdullah kerana dia tetap anugerah Allah untuk bondanya.

“Peluang mengandungkannya itu mulia walaupun hanya sekejap saja. Bonda reda dengan takdir-NYA. Mudah-mudahan ada hikmah yang tak ternilai.

“Insyaa-ALLAH ada janji-NYA yang baik-baik untuk ibu yang reda atas takdir-NYA. Walaupun hanya sempat mengandungkan beberapa hari sahaja,” luahnya.

https://www.instagram.com/tv/CFTR05qgeCT/?utm_source=ig_web_copy_link

Pada Selasa lalu, Yatt keguguran anak kelimanya itu selepas mengalami muntah-muntah dan cirit-birit akibat keracunan makanan.

Iklan

Yatt mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohamad Zulfahdi Khairuddin pada Februari 2016. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 4, Suci Hayfa Median, 2, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia Sembilan bulan.

Menerusi perkahwinan terdahulu Yatt mempunyai seorang lagi anak perempuan, Suci Hanania Malika, 8.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Yatt Hamzah)