Ivermectin bukan penawar Covid-19, ubat bunuh cacing dalam badan haiwan

Iklan
Ivermectin bukan penawar Covid-19, ubat bunuh cacing dalam badan haiwan

SEBELUM ini sebilangan kecil rakyat Malaysia 'terpedaya' apabila mempercayai ivermectin merupakan penawar jangkitan Covid-19.

Kepercayaan itu semakin menjadi-jadi apabila ada pihak mendakwa ivermectin berjaya mengubati koronavirus yang menyerang India.

Iklan
Iklan

Memahami masih ada masyarakat yang mempercayai rawatan ivermectin mampu menyembuhkan Covid-19, Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang tampil berkongsikan maklumat.

Iklan

Menurut Dr Ahmad Samhan, CDC Amerika Syarikat juga telah melihat kajian dan merumuskan bahawa kajian tidak mencukupi data untuk membenarkan ivermectin sebagai pencegahan ataupun rawatan Covid-19.

Iklan

Katanya lagi, ramai yang risau kesan sampingan vaksin, tetapi tidak mengambil tahu kesan sampingan ivermectin.

Nasihat Dr Ahmad Samhan, orang ramai jangan terlalu mudah percayakan info-info yang tidak sahih. Jangan ambil ivermectin untuk mencegah dan merawat Covid-19.

Baca juga [VIDEO]Kenali Keberkesanan, Sifat Vaksin Pfizer, Sinovac Dan AstraZeneca

Justeru, korang jangan sesekali mencuba 'penawar' yang tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lebih baik menyokong saranan kerajaan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan mematuhi prosedur operasi standard demi kesejahteraan bersama.

Sumber: Dr Ahmad Samhan