[VIDEO]Kenali keberkesanan, sifat vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca

[VIDEO]Kenali keberkesanan, sifat vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca
[VIDEO]Kenali keberkesanan, sifat vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca
A
A
A

KES jangkitan positif Covid-19 di negara kita masih belum menunjukkan kadar penurunan. Situasi tersebut secara tidak langsung menjentik kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, salah satu cara untuk mengawal penularan wabak daripada terus mengganas adalah adalah melalui program vaksinasi yang sistematik, cekap dan segera.

Justeru, selepas setahun menanti solusi untuk membantu mencegah virus tersebut rakyat kini menarik nafas lega susulan kehadiran variasi Covid-19 ke negara ini.

Ia terdiri daripada Pfizer, AstraZeneca (AZ) dan Sinovac.

Bagaimanapun, baru-baru ini dalam satu laporan CodeBlue memaklumkan vaksin AstraZeneca (AZ) yang

ditawarkan di Malaysia tidak diiktiraf Sijil Digital COVID-19 Kesatuan Eropah (EU).

Perkara itu menjadi perhatian dunia setelah dilaporkan vaksin AZ yang ditawarkan di negara ini dihasilkan SK Bioscience, Korea Selatan dan Siam Bioscience dari Thailand.

Malah, vaksin AZ yang dihantar Jepun ke Malaysia baru-baru ini juga dilaporkan tidak menerima pengesahan daripada Agensi Perubatan Eropah (EMA).

Pun begitu, vaksin AZ (jenama Vaxzevria) dihasilkan oleh EU, Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan China berjaya mendapat EMA.

Oleh demikian, pihak CodeBlue berhubung dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin bagi mendapatkan kepastian sama ada beliau telah berhubung dengan EU untuk mengiktiraf vaksin AZ yang disuntik kepada rakyat Malaysia.

Menurut Khairy, Malaysia akan meminta penjelasan lanjut daripada EU berhubung dakwaan Sijil Digital COVID-19 EU hanya mengiktiraf vaksin AZ yang EMA.

Tambah beliau, Malaysia berpendirian jika sesuatu vaksin itu diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), maka negara lain perlu memberi pengiktirafan kepada penerima vaksin berkenaan.

Pihaknya juga berharap tiada diskriminasi dari segi kilang penghasilan vaksin AZ di Eropah, India, Korea Selatan atau Thailand memandangkan menggunakan formula sama.

Jadi untuk mengasingkan kilang tertentu nampak tidak adil. Bagaimanapun, beliau akan terus meminta penjelasan daripada EU melalui wakilnya di Malaysia.

Selain itu, Khairy memaklumkan isu berkaitan sesetengah vaksin yang tidak diterima di negara tertentu masih dalam perbincangan antaranya dengan Arab Saudi.

"Sebahagian besar negara Islam seperti Indonesia, Pakistan dan Turki menggunakan vaksin dari China, termasuk Malaysia yang mana ia diiktiraf WHO.

"Justeru, apabila Arab Saudi memaklumkan ia tidak mengiktiraf vaksin dari China, bagaimana jemaah dari negara berkaitan akan ke tanah suci, contohnya pada tahun depan.

"Isu pengiktirafan vaksin ini menjadi satu perkara yang perlu dibincang dan diperhalusi di peringkat antarabangsa. Jadi, kita harap tiada diskriminasi (vaksin)," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan juga pihak WHO mengesahkan suntikan vaksin Sinovac yang ditawarkan di Malaysia adalah selamat digunakan.

Bagaimanapun, pihak EMA memaklumkan vaksin Sinovac dan vaksin Sputnik V keluaran Rusia masih dalam pantauan dan kajian.

Berbicara soal vaksin Covid-19, korang tahu tak perbezaan antara Pfizer, AZ dan Sinovac?

Menurut doktor perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Kelantan, Dr Ikram Rauhi, ketiga-tiga vaksin tersebut mempunyai keberkesanan dan elemen berbeza.

1. Pfizer

Ia menggunakan teknologi baharu. Perlu diketahui bahawa di luar virus Covid-19 terdapat spike protein yang menjadi salah satu komponen virus menyebabkan jangkitan.

Teknologi mRna bertindak menghancurkan protein virus Covid-19. Protein yang dihasilkan dalam tubuh akan merangsang badan menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan.

Justeru mRna lebih mudah dan cepat untuk dihasilkan, namun masalahnya dari segi penyimpanan yang mana ia memerlukan suhu -17 darjah celcius. Maka, ia amat susah untuk diedarkan ke kawasan pedalaman dan jauh.

2. Sinovac

Ia menggunakan teknologi Inactivated Virus yang mana virus mati disuntik dalam badan manusia. Apabila ia berlaku badan akan melawan virus yang mati dan menghasilkan antibodi melawan jangkitan seterusnya.

Teknologi ini sudah lama digunapakai, malah pernah digunakan untuk penyakit Polio dan Rabies sebelum ini. Ia terbukti berkesan. Perlu disimpan dalam suhu dua hingga 8 darjah celcius sahaja.

Baca juga Palsu! Tiada jalan pintas, dapat janji temu suntikan vaksin

3. AstraZeneca

Ia menggunakan teknologi Viral Vector iaitu virus diubahsuai untuk dipindahkan ke antigen genetic code ke badan manusia, kemudiannya menghasilkan antibodi menahan serangan virus.

Ia berkesan sebanyak 62 - 90 peratus dan memadai melawan virus Covid-19.

Timbul pula spesifikasi yang mengaitkan vaksin itu dengan blood clot atau gumpalan darah.

Hakikatnya risiko suntikan vaksin 0.0004 sahaja berbanding jika terkena serangan Covid-19, risiko mengalami gumpalan darah adalah lebih 16.5 peratus.

Sumber: CODEBLUE

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca