Baru sejam tukar nama, Nissan Skyline GTT R34 terbabas dipandu orang tengah

Iklan
12

SAYANGNYA! Belum sampai ke tangan pemilik kereta yang dibeli terlibat dalam kemalangan sehingga tidak dapat diselamatkan.

Baru-baru ini tular beberapa foto menunjukkan sebuah kereta jenis Nissan Skyline GTT R34 remuk di bahagian hadapan selepas terlanggar sebatang pokok di Johor.

Iklan
Iklan

Difahamkan, sebelum insiden kereta terbabit dalam perjalanan dihantar kepada pemiliknya.

Ia dipandu oleh ‘orang tengah’ yang menguruskan proses jual beli antara pemilik lama dan pemilik baharu kenderaan berkenaan.

Iklan

Baca juga BMW 630i GT M Sport Baharu Lebih Mengancam, Ciri Canggih Memang Tiada Tandingan

Iklan

Menerusi perkongsi di laman sosial Facebook, pemilik lama selesai menjual keretanya kepada pemilik baharu dengan transaksi bayaran penuh dan thumbprint menggunakan e-auto.

Langkah itu bagi urusan penukaran nama pemilik kereta pada jam 2.18 petang semalam.

Beliau telah memaklumkan kepada pemilik baharu bahawa Nissan Skyline GTT R34 itu telah diletakkan di rumah ‘orang tengah’ yang diberikan kepercayaan untuk menguruskannya.

Bagaimanapun, selepas sejam kereta tersebut ditinggalkan pemilik lama terkejut apabila dimaklumkan kereta berkenaan terlibat dalam kemalangan.

Sejurus menerima berita itu beliau bergegas ke tempat kejadian.

Baca juga 4 Varian Baharu MINI Electric Lebih Progresif, Mesti Ramai Akan Jatuh Cinta!

Jelasnya, beliau bersimpati dengan pemilik baharu kerana tidak sempat untuk melihat, apatah lagi memandu kereta terbabit.

Pun begitu, semua pihak yang terlibat mencapai kesepakatan untuk menyelesai perkara tersebut dengan baik.

Dalam pada itu, Mohd Hafis menasihatkan kepada pengguna dan orang tengah agar sentiasa berwaspada kerana kejadian sedemikian boleh berlaku jika tidak cekap mengawal.

Tambah beliau, adalah lebih baik kenderaan yang dibeli dihantar kepada pemilik menggunakan perkhidmatan trak tunda bagi memastikan ia selamat tiba ke destinasi dengan selamat.

Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan beberapa kisah serupa. Antaranya melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Proton X50 yang dipandu orang tengah dan Mercedes-AMG E43 yang dipandu uji .

Sumber: Mohd Hafis