JANGKITAN Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira umur, latar-belakang ataupun lokasi.
Baru-baru ini dilaporkan barisan petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Selangor disahkan positif Covid-19 selepas saringan beramai-ramai dijalankan pada 10 Julai lalu.
Berikutan itu PPV IDCC ditutup selama sehari pada hari ini.
Dalam pada itu, pihak CITF juga menyatakan janji temu vaksinasi sepatutnya berlangsung hari ini dijadualkan semula pada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin.
Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imuninasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengesahkan seramai 204 petugas di PPV tersebut positif Covid-19.
Terdahulu, tersebar melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp mengenai seorang lelaki yang disahkan positif Covid-19 selepas hadir mendapatkan vaksin di PPV IDCC.
Sehubungan itu, dipercayai anak kepada lelaki terbabit meminta sesiapa yang hadir mendapatkan vaksinasi antara jam 5.30 hingga 6.30 petang pada tarikh tidak dinyatakan supaya melakukan swab berikutan bapanya dikesan positif sehari kemudian.
Oleh demikian, korang yang hadir mendapatkan vaksin Covid-19 di PPV sila SOP ditetapkan. Pastikan memakai pelitup muka dua lapis dan membawa bersama sanitizer.
Kronologi Covid-19 PPV IDCC:
- 10 Julai 2021: Semua petugas disaring
- 11-12 Julai : PPV beroperasi seperti biasa
- 12 Julai (11 malam): Seramai 204 petugas PPV IDCC positif Covid-19 dan dimaklumkan kepada Khairy
- 13 Julai: Sidang media khas PPV IDCC diadakan mengumumkan penutupan selama sehari
- 14 Julai: PPV IDCC dijadualkan akan beroperasi seperti biasa
Sumber: Telegram Covid-19 Malaysia