KEMATIAN demi kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari di negara ini.
Buktinya setakat semalam, kes kematian baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) seramai 125 individu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,385.
Secara tidak langsung bantuan tersebut membantu meringankan beban waris menerusi Pakej Kita Selangor 2.0.
Antara syarat:
1. Warganegara Malaysia.
2. Pemohon (waris terdekat) dan mangsa meninggal dunia merupakan anak kelahiran dan menetap di Selangor atau bermastautin di negeri tersebut melebihi 10 tahun.
3. Disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital atau klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian.
Perlu diingatkan, penyaluran bantuan RM1,000 akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat lengkap.
Baca juga Pesakit dipindahkan ke wad Covid-19, bukan ‘dikosongkan’, ketika lawatan PM ke HTAR
Sebarang pertanyaan mengenai sila hubungi talian hotline 24 jam 1-800-22-6600.
Pada 17 Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan agar penggunaan Tabung Covid 19 NADMA diperluaskan bagi meliputi bantuan khas pengurusan kematian kepada waris.
Sumber: Twitter Amirudin Shari