SEMALAM tular di laman sosial kononnya Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor ‘dikosongkan’ kerana lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pun demikian, pihak HTAR menafikan dakwaan tersebut.

Pengarahnya, Zulkarnain Mohd Rawi berkata, jabatan kecemasan sememangnya sudah penuh dengan jumlah pesakit.

“Pesakit yang masih belum menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma setakat semalam adalah seramai 177 orang.

“Pemindahan pesakit Covid-19 ke Kompleks Rawatan Harian (ACC) HTAR yang ditukarkan fungsi sebagai wad Covid-19 adalah pelan kontigensi bagi Pengurusan Bencana Peringkat Hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau turut memberitahu bahawa pada pada 8 Julai lalu wad G2 dan G3 berdekatan Jabatan Kecemasan dan Trauma telah dikenal pasti sebagai tempat untuk merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus.

“Pada 9 Julai pula ACC telah dicadangkan untuk ditukar fungsi sebagai wad sementara merawat Covid-19 demi memastikan pesakit mendapat rawatan di dalam ruang selesa.

“Kriteria untuk tempatkan pesakit ke Wad Covid-19 Berisiko Rendah adalah atas keputusan pihak pengurusan wad dan bukan Jabatan Kecemasan dan Trauma.

“Trend semasa di Jabatan Kecemasan dan Trauma menerusi kes harian oleh Unit Pengurusan Katil HTAR adalah antara 150 hingga 180 pesakit,” tegasnya.

htar klang

Iklan

Sementara itu, beliau turut menjawab isu berkaitan doktor pelatih yang diarah berpindah dari asrama.

“Pemindahan doktor pelatih HTAR dari asrama doktor pelatih ke bangunan asrama pelajar perubatan Universiti Malaya (UM) yang lebih selesa bertujuan untuk mengoptimakan penggunaan blok A,B dan C asrama doktor pelatih.

Iklan

“Ini disebablan blok D asrama itu telah digunakan sebagai Pusat Saringan Covid (PSC) sejak April lalu,” jelasnya lanjut.

INFO HTAR:
1. HTAR merupakan hospital kerajaan yang terletak di Klang, Selangor.

2. Ia mula beroperasi pada Mei 1985 dan memiliki 1,000 katil pesakit dan 20 bidang klinikal serta berfungsi sebagai hospital pakar.

3. HTAR mempunyai Pusat Jagaan Siang Andulatori (Andulatory Day Care Centre – ACC) yang mula beroperasi pada Ogos 2004.

Artikel berkaitan: “Kes di Selangor cecah 4,000 sehari bukanlah petanda baik” – asrama doktor pelatih HTAR, bertukar wad sementara

4. Hospital tersebut menyediakan perkhidmatan kesihatan utama dan penjagaan kesihatan pakar kebangsaan terpilih.

5. Ia menjadi pusat rujukan utama pakar bagi daerah meliputi Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan sebahagian daerah Petaling dan Kuala Langat.

6. HTAR juga menempatkan kemudahan pengajaran perubatan kepada penuntut perubatan UM dan Management and Science University Malaysia (MSU).