PENGHANTARAN makanan antara perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi khususnya dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Terbaharu, tular di laman sosial video milik seorang pengguna jalan raya memaparkan aksi seorang rider ‘corner baring’ ketika membelok di selekoh.
Gelagat rider persis pelumba motosikal di Kejohanan Dunia Grand Prix Motosikal itu secara tidak langsung meraih perhatian warga maya.
Rata-rata terhibur dengan aksinya dan memuji kerana dapat mengawal motosikal dengan baik semasa membelok di selekoh.
Warganet memberikan komen-komen menghiburkan setelah menonton rakaman itu. Ada juga berseloroh rider berkenaan ama seperti pelumba profesional.
[caption id="attachment_52790" width="1024"] Kredit foto: Autosport[/caption]
Komen netizen:
-"Hahaha, tengok gaya rider ni pernah main dalam litar. Ambil corner sayup je. Semoga selamat dan dilindungi, aminn.”
-"Customer :"Dik.. anak akak dah nangis ni dia lapar, bila sampai ye?
Rider : Kejap lagi sampai kak.”
-"Corner cecah lutut woooo.”
-"Dia ingat ini lumba Cub Prix ke.”
-"Patutlah lauk saya sampai bergaul semua, macam filem Musang Berjanggut.”
Baca juga Fasha Sandha Cari Rider Foodpanda, Plat Nombor 5513
[caption id="attachment_52789" width="1024"] Kredit foto: Motor Sport Magazine[/caption]
Terdapat netizen yang memberikan nasihat agar berhati-hati.
-"Tolonglah berhati-hati, walau jalan clear sekalipun.”
-"Jangan sampai mengabaikan keselamatan.”
Diharapkan semua rider berhati-hati di jalan raya. Biarpun tempahan makanan perlu dihantar segera, tetapi jangan sesekali mengabaikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain
Sumber: Malaysian Modders