PELAKON Fasha Sandha menzahirkan rasa kagum terhadap petugas penghantar makanan atau rider yang gigih keluar seawal Subuh demi mencari rezeki.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Fasha yang merupakan pencinta kucing melahirkan rasa terharu melihat keluhuran seorang rider penghantar makananan turut membawa botol berisi makanan kucing di dalam bakul motosikalnya.

“Maafkan saya abang Foodpanda, saya ambil gambar ni curi-curi sebab terlalu kagum dengan abang yang keluar seawal pagi selepas Subuh mencari rezeki dan membawa bekalan untuk diberikan pada kucing di bakul hadapan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan mendoakan semoga rider berkenaan dimurahkan rezeki.

Bukan itu sahaja, ibu kepada tiga cahaya mata tersebut juga meminta kerjasama followers membantu mengesan rider tersebut.

“Kerana saya pencinta kucing, jadi saya macam emo (emosi) sedikit.

“Saya sempat melambai tangan pada abang ni dalam hati saya doakan agar abang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

“Siapa yang kenal abang ni, tolong Direct Message (DM) saya please please, saya ada perasan number plate je, number 5513. Please DM ya.

“I love Foodpanda. Terima kasih Foodpanda, anda adalah hero kami,” kongsi Fasha.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata followers Fasha turut menyatakan terharu dan sebak serta mendoakan agar setiap urusan rider terbabit dipermudahkan.

Iklan

– “Sebak pula baca, susahnya semua orang sekarang. Termasuk kucing-kucing jalanan mesti sedih ramai manusia cuti dan tak keluar rumah, tak ada manusia yang bagi mereka makan.”

– “Ya Allah murahkan rezeki yang banyak kepada pencinta-pecinta kucing dari mana-mana sudut.”

– “Kita baca status ni kita plak yg rasa sebak. Semoga ALLAH sentiasa memelihara melindungi dan memudahkan setiap urusan frontliners.”

– “Terharunya! Moga dipermudahkan urusan kita semua.”

Iklan

– “Semoga abang riders dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Sumber: @fashasandha