"Terbaik abang polis" - polis trafik kendong warga emas pengsan tepi jalan, warganet tersentuh

Iklan
polis

PERANAN dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja tertumpu pada masalah jenayah, mengawal lalu lintas dan menjaga ketenteraman awam.

Bahkan, badan penguat kuasa itu juga sentiasa bersedia menyumbang bakti berkhidmat untuk masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira pangkat, bangsa, agama dan latar-belakang.

Iklan
Iklan

Situasi tersebut antaranya dapat dilihat menerusi perkongsian laman sosial Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM baru-baru ini.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Pocong Goyang Badan, Geleng Kepala, Ganggu Abang Polis Di SJR

Iklan

Dalam hantaran itu dimuat naik tiga keping foto memaparkan keprihatinan polis trafik mengendong seorang warga emas di Jalan Sungai Ujong, Seremban, Negeri Sembilan.

[caption id="attachment_53233" width="810"] POLIS trafik mengendong seorang warga emas berusia 80 tahun dipercayai pengsan di Jalan Sungai Ujong, Seremban.[/caption]

Iklan

Difahamkan, warga emas tersebut pengsan di lokasi sebelum diberi bantuan oleh pasukan polis trafik terbabit.

"Sarjan Omar, Koperal Jamsari, Lans Koperal Amir dan Lans Koperal Akma daripada Unit Penguatkuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Daerah Seremban memberi bantuan kepada seorang warga emas berusia 80 tahun dipercayai pengsan di Jalan Sungai Ujong, Seremban.

"Keperihatinan dan keselamatan masyarakat pengguna menjadi keutamaan JSPT PDRM," tulis hantaran itu.

Tanggjungjawab sosial dan kasih sayang yang dipamerkan anggota trafik bertugas itu secara tidak langsung membuatkan warganet terharu dan menzahirkan penghargaan.

Artikel berkaitan: Wanita Berkasar Polis Direman, Pakaian, Telefon Bimbit Dirampas

Antara komen dikongsikan warga maya:

-"Pegawai dan anggota polis yang harus dijadikan contoh dan teladan pada anggota yang lain. Tidak kiralah apa pangkat sekalipun. Terbaik tuan-tuan."

-"Terbaik abang polis."

-"Contoh terbaik PDRM."

-"Semoga Tuan dan keluarga sihat bahagia."

-"I love you PDRM..."