Covid-19: Ivermectin belum terbukti dapat merawat wabak virus korona. Berikut penjelasan konkrit daripada pegawai farmasi

Iklan

SEJAK beberapa bulan lalu, isu penggunaan beberapa jenis ubat-ubatan bagi mengubati Covid-19 hangat diperkatakan.

Salah satu daripadanya adalah penggunaan ubat ivermectin.

Iklan
Iklan

Ramai yang tertanya-tanya mengapa ia tidak digunakan di Malaysia sedangkan beberapa negara luar lain ada yang mempraktikkannya?

Apakah penggunaannya masih dalam peringkat kajian ataupun memang sudah terbukti tidak membantu menangani wabak pembunuh itu?

Iklan

Menjawab kepada persoalan tersebut, SinarPlus berkongsi pandangan Pegawai Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Fahmi Hassan melalui e-mel yang dikirimkan baru-baru ini.

[caption id="attachment_53105" width="1024"] Fahmi Hassan.[/caption]

Iklan

Ujar Fahmi, kronologi ivermectin bermula pada tahun 2008 apabila seorang doktor bernama Dr Sapan Desai telah menubuhkan sebuah syarikat berkaitan perubatan dan kesihatan yang diberi nama Surgisphere Corp.

Pada awalnya, syarikat tersebut menerbitkan buku teks perubatan untuk pelajar dalam bidang tersebut.

Kemudian, fokus syarikat beralih arah kepada penerbitan jurnal pula.

Pada April 2019, Dr Desai telah menerbitkan sebuah artikel yang menunjukkan potensi keberkesanan sejenis ubat antiparasit iaitu ivermectin, dalam rawatan pesakit Covid-19 di hospital.

Namun begitu, pada bulan Mei 2019, sekumpulan pengkaji telah mendapati terdapat keraguan di dalam data yang digunakan dalam kajian tersebut.

Sehubungan itu, mereka telah menghantar e-mel kepada Dr Desai untuk memohon penjelasan.

Namun begitu, isu tersebut tidak mendapat penjelasan yang terperinci.

Kata Fahmi, antara isu yang dibangkitkan adalah seperti data yang digunakan mempunyai perbezaan yang sangat besar dengan laporan-laporan rasmi yang dikeluarkan oleh negara-negara yang dirujuk.

"Apa yang lebih pelik, terdapat data yang sangat banyak dari negara-negara yang diketahui tidak menggunakan rekod elektronik di hospital mereka.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kajian yang mengguna pakai data Surgisphere Corp didapati menghadapi masalah yang sama.

"Data-data yang digunakan didapati diragui dan menyebabkan beberapa kertas kajian yang menggunakan data tersebut ditarik semula," tambah beliau.

Akhirnya, pada 31 Mei 2019, kertas kajian berkaitan ivermectin tersebut turut diturunkan dari laman web Rangkaian Penyelidikan Sains Sosial.

Namun begitu, kesan dari penerbitan kertas kajian tersebut tidak dapat dihentikan!

Melangkau ke tahun 2020, sebuah lagi kajian besar berkaitan ivermectin telah diterbitkan di laman web Research Square.

"Ia merupakan hasil kajian Dr Ahmed Elgazzar dan pasukannya dari Mesir.

"Ia merupakan ujian klinikal Randomised Clinical Trial yang menunjukkan ivermectin berkesan dalam mengurangkan kadar kematian pesakit Covid-19," beritahu Fahmi.

Memandangkan kajian terbabit melibatkan 400 pesakit (ujian klinikal terbesar bagi ivermectin), hasil penyelidikan tersebut telah digunakan sebagai asas dan rujukan bagi penggunaan ivermectin untuk rawatan Covid-19.

Namun begitu, pada bulan Jun baru-baru ini, tercetus sekali lagi kontroversi tentang ivermectin.

"Kajian itu didapati mempunyai isu plagiat dalam perenggan pembukaan, malah jenis analisis statistik yang digunakan juga didapati tidak sesuai.

Justeru, kajian tersebut telah ditarik semula daripada diterbitkan setelah penulisnya tidak memberikan maklum balas terhadap isu-isu yang dibangkitkan.

"Ini merupakan kertas kajian berkaitan ivermectin yang kedua ditarik semula selepas 'skandal' Surgisphere Corp sebelum ini," maklumnya.

Artikel berkaitan: Ivermectin bukan penawar Covid-19, ubat bunuh cacing dalam badan haiwan

Pada 16 Julai lalu, sekumpulan pakar kesihatan awam dari Universiti Malaya telah menganjurkan sebuah seminar berkaitan penggunaan ivermectin secara evidence based practice dan turut menyentuh isu artikel Dr Elgazzar.

Menariknya, ujar Fahmi, apabila artikel tersebut dikeluarkan daripada beberapa kajian metaanalysis, didapati keputusan analisis menunjukkan ivermectin tidak berkesan atau hampir tidak berkesan dalam merawat Covid-19.

Oleh itu, pesan beliau, dua insiden berkenaan sepatutnya mengajar kita tentang keperluan menimbang bukti klinikal secara teliti dan jitu sebelum sesuatu cadangan rawatan dikeluarkan terhadap pesakit, apatah lagi untuk diangkat sebagai sebuah polisi awam.

"Isu perubatan dan kesihatan ini sepatutnya tidak dipolemikkan terutamanya oleh mereka yang bukan merupakan ahli profesional kesihatan.

Baca juga: Mudahnya proses menerima vaksin, kurang dari 45 minit semuanya siap dah 

Ingat, tekanan-tekanan dan hasutan-hasutan termasuk yang dikaitkan dengan politik sepatutnya tidak berlaku dalam proses pemilihan rawatan bagi masalah kesihatan awam.

"Sains bukanlah demokrasi yang memerlukan suara majoriti perlu didengari. Namun, ia adalah melalui sistem dan prinsip pembuktian yang jelas," ujarnya.