SEMALAM, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah mengesahkan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun ke atas kini sudah boleh mendaftar bagi menerima suntikan vaksin.
Pendaftaran itu telah dibuka dan ibu bapa boleh segera mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.
Sebelum ini, MySejahtera hanya membenarkan keluarga mendaftarkan tanggungan mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.
Pada masa sama, pengumuman itu dilaksanakan selepas kelulusan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bagi mereka.
Berikut tatacara mudah bagi ibu bapa atau penjaga melakukan pendaftaran untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas:
1. Buka aplikasi MySejahtera.
2. Tekan pada ikon Vaksinasi Covid-19.
3. Pilih 'Tambah Tanggungan Vaksinasi'.
4. Isi beberapa butiran yang diperlukan pada ruangan yang disediakan iaitu nama, hubungan, nombor MyKad, umur, jantina dan alamat.
5. Simpan maklumat tersebut dan tunggu kemaskini tarikh dan masa janji temu bagi mendapatkan vaksin.
Dalam pada itu, penulis turut mendapati aplikasi terbabit membenarkan proses pendaftaran dibuat untuk lebih daripada satu tanggungan.
Baca juga: Pandang picagari, minta petugas tunjuk jarum selepas suntik vaksin Covid-19
Apa tunggu lagi? Segera lakukan pendaftaran bagi pihak mereka. Semoga bermanfaat!
#kitalaluibersama