Pandang picagari, minta petugas tunjuk jarum selepas suntik vaksin Covid-19

July 21, 2021
Oleh Azma ML

BADAN bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) memandang berat isu yang tular menerusi media sosial melibatkan suntikan vaksin Covid-19.

Ia susulan timbulnya dakwaan beberapa individu dikatakan mendapat suntikan vaksin kosong di pusat pemberian vaksin (PPV) Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor.


Justeru, pihak CITF bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyiasat perkara tersebut.

“Kes pertama berlaku pada 17 Julai 2021 di PPV pandu lalu di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah yang mana ia dikhaskan buat anggota ATM dan ahli keluarga sahaja.

“Vaksinasi di kem tersebut dilaksanakan petugas daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT).

Iklan

“Satu siasatan telah dijalankan pihak ATM dengan memanggil individu-individu terlibat untuk memberi penjelasan. Tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas vaksinasi tersebut,” katanya.

Selain di Kedah, difahamkan terdapat dua lagi dakwaan suntikan vaksin kosong iaitu di PPV Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur pada 17 Julai 2021 dan PPV Bangi Avenue Cenvention Centre (BACC), Bangi, Selangor (18 Julai 2021).

Iklan

 

 

Dalam pada itu, CITF memaklumkan tidak teragak-agak menamatkan perkhidmatan petugas yang didapati bersalah. Ini termasuklah mengenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang.

Sehubungan itu, semua pihak yang terlibat dalam proses vaksinasi diingatkan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Salah satunya petugas perlu menunjukkan picagari yang berisi cecair vaksin kepada penerima sebelum suntikan dilakukan.

Baca juga Makan Durian Sebelum, Selepas Vaksinasi, Apa Kata Pakar

“Orang ramai juga disarankan untuk melihat picagari sebelum dan selepas proses vaksinasi bagi memastikan suntikan telah diberikan,” jelasnya.

Langkah-langkah ketika mendapatkan suntikan vaksin Covid-19:
– Pandang picagari semasa disuntik
– Minta petugas tunjukkan jarum suntikan vaksin.
– Minta petugas nyatakan kuantiti (ml) vaksin.
– Minta petugas tunjukkan jarum suntikan yang kosong selepas disuntik.
– Ucap terima kasih.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19

Iklan