ISU perselisihan faham antara penyanyi rap, Caprice dan pendakwah, Ebit Lew berkaitan misi kemanusiaan di
Gaza mendapat perhatian ramai.
Terbaharu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew dijadualkan akan mengadakan sesi 'live' di media sosial pada jam 12 tengah hari ini bagi menjelaskan kontroversi yang berlaku.
"Doakan ya esok (hari ini) pukul 12 tengah hari saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya.
Terdahulu, Ebit telah membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dibuat terhadap beliau oleh beberapa individu semalam.
Beliau turut memaklumkan dalam laporan polis dengan menamakan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri, Caprice dan beberapa individu lain.
Dalam perkembangan lain selepas laporan polis dibuat, Caprice pula menerusi Instagram mengumumkan pembatalan sesi 'live' yang dijadualkan berlangsung pada jam 10 malam Rabu.
"Minta maaf guys, ada orang sudah buat laporan polis dan Caprice tak dapat buat live 10 malam ini. Insha-ALLAH, the truth will be revealed by itself," katanya.