[VIDEO] Kanak-kanak perempuan tak kekok memasak, jaga adik selepas ibu meninggal dunia

Iklan
12

HATI siapa tidak sayu melihat anak kecil mampu melunas tanggungjawab memasak dan menjaga adik-adik persis seorang ibu.

Tugas itu digalasnya serta-merta selepas wanita yang dipanggil ibu meninggal dunia.

Iklan
Iklan

Itulah situasi dilalui seorang kanak-kanak perempuan yang tabah menguruskan rumah dan melayan adik-adiknya saban hari dengan baik.

Difahamkan, ibu kepada empat beradik itu baru sahaja meninggal dunia dipercayai komplikasi keguguran.

Iklan

Baca juga VIDEO] Budak Lelaki Terduduk, Dapat Berita Ibu Meninggal Dunia Kerana Covid-19

Iklan

Suasana memilukan itu dirakam oleh aktivis masyarakat yang juga merupakan pengguna TikTok, Salwa Naidin (@salwanaidin) ketika mengagihkan pek daging korban di rumah kanak-kanak tersebut di Sabah.

Dalam video berkenaan memaparkan kanak-kanak perempuan itu segera membuka pek daging dan memasak untuk dibuat hidangan.

Dia sedikitpun tidak kekok menggunakan peralatan dapur, malah menyuapkan kepada adik-adiknya terlebih dahulu.

Perkongsian video terbabit meraih perhatian warga maya yang terharu melihat kegigihan seorang kakak menjaga adik-adiknya biarpun empunya diri masih kecil.

Baca juga "Mak Muntah Darah Lepas Tu Tidur”- Anak Kecil Sangka Ibu Tidur, Rupanya Meninggal Dunia

Warganet juga mendoakan dan berharap anak-anak kecil itu tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Diharapkan lebih ramai insan yang prihatin saling membantu menghulurkan bantuan golongan memerlukan.

Sumber: @salwanaidin